14 February 2010

Cerita Hazrat Ali..

hari nie nak juga aku kongsi cerita yg aku dpt dr email memberku..so dptlah kita kongsi cerita nih..sama2 kita renungkan.Semalam selesai solat asar di surau syarikat, sambil memakai kasut di pangkin kaki lima surau, seorang jemaah bercerita tentang satu kisah di zaman sahabat. Dan saya sempat merakamkannya ke dalam memori untuk dikongsikan bersama pada laman ini.


Sahabat ini sedang sakit tenat dan sedang menunggu saat-saat kematiannya, berpesan kepada Hazrat Ali sebuah wasiat, iaitu supaya membahagikan harta peninggalannya yang berupa 19 ekor unta kepada tiga orang anaknya. Dan unta2 itu hendaklah dibahagikan hidup2 supaya dapat berkembang biak nanti. Anak pertama di berikan 1/2 bahagian. Anak kedua diberikan 1/4 bahagian, dan anak ketiga diberikan 1/5 bahagian. Tidak lama kemudian sahabatnya itu meninggal dunia.


Hazrat Ali pun merenung ke kejauhan mengenangkan sahabatnya itu dan wasiat yang di amanahkan kepadanya. Wasiat itu mestilah di tunaikan nya dengan penuh rasa tanggung-jawab kepada tiga orang yang kini sudah menjadi anak yatim piatu itu. Berat rasanya tanggung-jawab ini. 19 ekor unta untuk dibahagikan kepada tiga orang anak mengikut formula yang terkandung dalam wasiat sahabatnya, kini masih terngiang-ngiang di cuping telinganya.


Agak2 macamana nak bahagi-bahagikan unta2 itu?


Untuk anak pertama 1/2 dari 19 ekor = 9 ekor setengah....hmmm. Mana bisa pak.


Jeng jeng...Hazrat Ali yang memang terkenal sebagai seorang yang bijaksana di zaman itu, mula mencongak-congak dalam kepalanya bak Prof Einstein lagaknya.

Kemudian dia mundar-mandir sambil mengurut-ngurut janggut nya yang memutih itu. Setelah beberapa ketika dia terasa lapar pula. Maka dia singgah sebentar di sebuah gerai dan memesan teh tarik dan roti kuah kari. Kepalanya ligat berputar. Sel-sel otaknya bekerja overtime.

Ahah...idea sudah mari. Hazrat Ali dapat merasakan hikmah dalam wasiat sahabatnya itu. Maknanya sahabatnya itu sudah memikirkan dengan tepat dan adil pembahagian hartanya yang berupa 19 ekor unta itu kepada zuriat peninggalannya.


Orang kampung yang sejak dua tiga menjak itu turut pening kepala dalam masalah pembahagian harta pusaka ini turut merasa teruja. Hazrat Ali mengajak orang kampung sekelian berkumpul di rumah arwah sahabatnya tadi. "Hai orang2 kampung sekelian", jerit Hazrat Ali. "Pada hari ini aku akan membahagi-bahagikan unta-unta ini mengikut wasiat yang telah di amanahkan kepadaku, tidak lebih tidak kurang". Orang ramai menunggu penuh sabar.


"Aku aku pinjamkan seekor unta ku ke dalam kelompok unta2 arwah sahabatku ini."


"Jadi jumlah unta sekarang menjadi 20 ekor kesemuanya," jelas Hazrat Ali kepada para hadirin.


"Sahabatku mewasiatkan 1/2 bahagian kepada anak pertamanya, jadi 1/2 dari 20 ekor ialah bersamaan dengan 10 ekor. Jadi anak pertama mendapat 10 ekor unta."


"Untuk anak kedua, sahabatku mewasiatkan 1/4 bahagian, jadi 1/4 dari 20 ekor bersamaan dengan 5 ekor. Maka anak kedua akan mewarisi 5 ekor unta." Orang ramai tersenyum sambil mengangguk-angguk kepala mereka tanda berpuas hati.


"Dan anak ketiga mewarisi 1/5 bahagian, iaitu 1/5 dari 20 ekor bersamaan dengan 4 ekor. Jadi anak ini akan mewarisi 4 ekor unta peninggalan bapanya."


"Maka jumlah kesemuanya setelah dibahagikan mengikut wasiat ialah, 10 + 5 + 4 = 19 ekor unta, " maka selesailah pembahagian 19 ekor unta itu, kata Hazrat Ali kepada semua yang hadir.


"Maka dengan ini aku akan ambil semula seekor milikku yang telah aku pinjamkan di awal tadi," tambah Hazrat Ali. Orang ramai bertepuk tangan tanda berpuas hati dengan kebijaksanaan Hazrat Ali meraikan suasana.


Kesimpulannya dari kisah di atas ialah kita mestilah 'street smart' iaitu pandai menyesuaikan dengan suasana untuk mendapat sesuatu penyelesaian. Kita perlu fikir di luar kotak (out of the box) kerana kekadang fikiran kita ini di blok oleh sesuatu kebiasaan atau rutin, dan takut untuk mencuba formula atau cara-cara yang baru dan mudah sebenarnya. Budaya belajar untuk berlumba-lumba cemerlang dalam peperiksaan sepatutnya di ubah, supaya pelajar lebih peka kepada keadaan sekeliling dan boleh mengaplikasi ilmu yang ada, bukan sekadar teori semata.

0 comments:

~MemOir oF PadAng pAsIR~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Blogger Template Template