31 March 2009

produk-produk makanan kita seharian..

hari nih sy dapat satu email dr my hubby mengenai senarai2 makanan dan produk yang biasa kita guna seharian.
rupanya ada barang2 yang kita pakai disahkan x halal n ada yang x sepatutnya dimasukkan bg umat islam khususnya..secara terang2 kalu binatang tue,x boleh dimakan..tapi kita sebagai pengguna kadang2 terleka n wat x tau hal sedemikian..apa nak jadi..??
Pihak tertentu 'pandai' menggaburi mata masyarakat islam di negara saya..walhal di negara saya adalah NEGARA ISLAM atau setakat nama aje..fikir-fkirkan
BABI SUDAH JELAS HARAMNYA ......PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM..RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS
,UNIVERSITI MALAYA KL,PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA..KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI:-
1. MINYAK MASAK LAM SOON ( CAP HELANG & BURUH )
2. UBAT PEARL CREAM ARCHE ( THAILAND )
3. AJINOMOTO ( THAILAND )
4. AIS KRIM HARGA RM1.00 KE ATAS
5. SEMUA TAUHU BUATAN ORANG CINA
6. SABUN LUX & LOTION BADAN BUATAN MALAYSIA , USA , & THAILAND
7. SABUN FAB BERBUKU
8. LOBAK JERUK
9. MEE & KUETEOW BASAH ( BUATAN CINA)
10. KRIM MUKA HAZELINE SNOW..
SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
1. SEMUA JENIS SERBUK MEE SEGERA TERUTAMA MAGGI
2. PUCUK , KULIT POPIA, FISH CAKE & BEBOLA IKAN BUATAN ORANG CINA
3. DAGING BURGER IMPORT
4. SARDIN, KARI AYAM DLM TIN & YONG TAUFU BUATAN ORANG CINA
5. KASUT BOLA JENIS ' GOLD CUP'
6. BERUS GIGI JENIS ' REACH'
7. MEE KERING ( SANGGOL )
8.MEE REBUS TULANG&KIUB PERASA AYAM
9.SEMUA SABUN MANDI YANG DIIMPORT
10. AJINOMOTO KECUALI KELUARAN KILANG LOT 5710 JALAN KUCHAI LAMA KL
11. SEMUA JENIS SHAMPOO KECUALI KELUARAN ORANG ISLAM
12. HAVE PEARL CREAM
12. RAMUAN KENTUCKY FRIED CHICKEN & MC DONALD
13. UBAT KURAP BUATAN ORG CINA
14. BEEHON SEGERA SIAM
15. SABUN MANDI YANG BERMINYAK >
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN(LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL)
1. BOSSET WINE GUM
2. DAIRY MILK COKLAT
3. COKLAT CADBURY/ CHEWING GUM
4. SUGUS STRAWBERRY
5. PASSER DOILY MIXTURE
6. TREBO MINT CHEWING GUM/ PEPPERMINT
7. SCOTHES VIKMIN
8. SHARE EXTRA ATRENGHT
9. BLACK CURRENT JELLY
10. ROYAL GULAMAN & DECART ORANGES
11. VALVIS GELATIN
12. SARUNG KAPSUL UBAT
13. AIS KRIM DALAM BEKAS PLASTIK
14. GULA-GULA FRUITIES
15. CAKE METS VILBER PUNCH
16. COKLAT CAKE
17. TEPUNG KASTARD LADY'S CHOICE
18. SEMUA JENIS JELLY
19. SEMUA JENIS GINCU BIBIR
20. KESELURUHAN JENIS SHEISEDO
21. LADY'S CHOICE JELLY
(SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA)
1.BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
2.PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
3.MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
4.RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
5.SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
6.KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
7.TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara di atas ...
Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG MEMPERINGATI KEPADA SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
Ref. Message: Pringles Potato Chips..Looks like you have to find another alternative to munch..Just to let you and gang know........ I have checked. It's true that..chips contain Emulsifier.TOP URGENT........ PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS..... Forward=this to your pork-free muslim friends. Beware of what ou eat.

29 March 2009

yeeaaa..hujan..hujan..


ini gambar pada hari selasa baru2 nie,cuaca panas,walaupun time nih pukul9 pagi ingatkan musim panas makin hampir..time tue suhu dh mencecah 36cc..tp malam khamis baru nih hujan rintik2 dh mula turun,di tempat aku tinggal masih ok hujan turun tp pagi jumaat aku tengok berita kt tv(Emirates News)terkejut aku lihat..hasil hujan mlm tue kt daerah dlm UAE(sharjah)jalan raya dipenuhi hujan batu..warna putih bersepah2 macam batu still keras lagi..kalu di negaraku kalu hujan batu x smpai kt tanah dh cair pun tp sini sebaliknya..laluan situ dijaga oleh polis takut membahayakn pada kenderaan yg menggunakan jalan disitu..
gambar diatas nie,aku amik dlm pukul 9am pagi tadi(29 march 09)..inilah dinamakan perubahan musim..?adakah musim panas akan menjengah x lama lagi..mendung menutupi bandar Abu dhabi hari ini..best rasanya dapat merasa sejuk angin hujan..berbeza ngan angin musim sejuk,terbatas pergerakan aku..kalu macam cuaca nih masih biasa..tarik selimut tebal,apalagi tido la...heeehee..

dari petang semalam lagi hujan renyai2 membasahi bumi UAE.inilah ciptaan Allah yg mana manusia x dapat nk meramal bila n apa yg bakal berlaku pada bumi kita..AllahuAkhbar..manusia hanya dapat merancang,allah yg menentukan..da projek belakang bangunan kami duduk,terpaksa ditangguhkan disebabkan tanah yg diaorg nk korek lembab..so lega rasanya bg penghuni berhampiran,x la bising bunyi kren mengorek n mengetuk kt projek disitu..aman telinga mendengar..






suasana majlis Aqiqah&cukur rambut..

beginilah suasana majlis Aqiqah dan cukur rambut baby anak member kat sini..walaupun tiada sanak saudara tp member2 kt sini yang meraikan..alhmdulillah majlis mlm tue selesai dengan selamatnya diiringi dengan doa selamat yg dibaca oleh saudara Azahari(ketua usrah Abu Dhabi)..setelah menunggu kedatangan tetamu selepas isyak br mulakan majlis yg ringkas tp penuh dengan adat-adat melayu n mengikut cara-cara islam.Yang mana bapa yg mengunting sedikit rambut baby Nawfal(comey mukanya,sesuai dengan namanya)serta Datuk(duta besar abu dhabi)..
bapa baby(kapten Rasyidin)memberi ucapan sepatah dua kata pada tetamu..siap tuan rumah pakai baju sedondon lagi..Inilah wajah ibu nawfal,walaupun dlm pantang sempat lagi sambut tetamu datang dengan senyumannya..manis senyuman dia..heeheee..talam yg aku pegang tue,untuk majlis cukur rambut baby..dlm talam tue bahan2 untuk dicukur oleh bapa baby n duta besar Abu Dhabi..(siap da bunga rampai lg)..
salah satu makanan yg terhidang mlm tue,makanan popular di negara arab jea ada(mandy Rice)menu utama mlm tue.Dengan kambing Aqiqah untuk baby Nawfal,disertakan lauk kari kambing,ayam goreng berempah n sayur campur..ada tetamu yg datang bawa kuih-muih untuk meraikan majlis itu..




26 March 2009

kenangan terindah era 80an-90an.(part two)

cerita lagi..
pakai pembaris yang bergerigi,dlmnya air serta ade benda berkilat2..
salah satu koleksi time tuh..
cikgu pula ngan pembaris kuningnya terletak jea kt depan papan hitam..x pernah pakai pun,yg sentiasa pegang bulu ayam n rotan besi yg ada bulu warna-warni..tiap2 bulan sentiasa tukar..(walaupun cikgu dulu garang2 hasilnya anak murid yang berjaya sekarang)terima kasih cikgu..

dulu cikgu nk menulis kt papan hitam mesti ngan kapur,abis tangan cikgu putih..kalu tulis salah malas nk guna pemadam papan hitam,lap cam tue jea..tp kami lepas cikgu kuar mbik kapur yg pendek2 wat sapu kt nametag bg nma nmpak cantik n jelas..(smpai skarang nametag tuh ada lg)kecik n comel..

hari2 ada homework diberi tp x wat kt umah..siapkan kt skolah sbelum balik,kalu cikgu bg time nk balik terpaksa la wak balik wat kt umah..bila petang kt umah leh main kt padang depan umah..heeheee..mlm plak leh nengok tv..kalu dapat soalan yg susah apalagi tiru sesama la(study group)..bila cikgu semak sama2 la jawab.heehee..tp kalu dapat bintang ngan pen cikgu,wow best tau..siap kira berapa dapat bintang..

time kelas muzik semua suka..boleh melalak n pegang alatan muzik..tp sebelum nyanyi sorang2 cikgu tanya not-not muzik..skang dh lupa(bukan bidang aku)..pastue jual buku lagu kanak2 dlm 30sen(3kupang)tp taip ngan dakwat hitam yg kena gelek2 kertas dia..bukan taip ngan komputer n print..abis tangan cikgu kena dakwat hitam..

sebelum masuk kelas,semua kena beratur tepi pintu kelas,cikgu maths(merangkap guru kelas kami)suh hafaz sifir..(macam siti sifir)..sorang2 kena hafaz br dapat masuk..tue smpai sekarang aku suka subjek maths..tau formula2 senang jea..

kelas agama bnyak kena hafaz ayat2 dlm solat..berterabur kami menghafaz yg panjang..tersilap sikit kena berdiri atas kerusi..malu tau..tp saiz time tue kecik2 x kisah la..ustaz dh kasi ayat apa nk dihafaz,mlm tue aku suh mak ajaq nk baca ayat tue..suka dengar ustaz bercerita kisah Nabi n kisah tauladan..skang hasilnya alhamdulillah..ada hikmah disebaliknya yg kita x tahu tp Allah yg tahu..aku dibimbing ke jalan yang Diredhai..taat pada yang Esa..ikut apa yang disuruh n tinggal apa yg dilarangNya..amiinn..

25 March 2009

kenangan terindah era 80an-90an.(part one)

zaman skolah rendah ler time tue..
kat skolah da salesman dtg jual buku-buku cerita.
hari nih kasi list,besoknya mntak duit.
beli walaupun cerita tue dah baca..wat koleksi kan..

salesman susu segar pn cam tue gak..
tapi susu kotak yg skolah jual pn ada mmang sodap..
skang susu kotak yg skolah salurkan pun dh kena beli..dulu free tau..


kat library skolah,ulat buku akan bertandang ke sana termasuk aku..
tp just belek2 n tngok gambar jea..heehee..sbab time tue nk beli yg tebal2 x de duit..
kalu pinjam pn buku penyiasatan..best coz cerita dia bersiri(ala-ala drama CSI skang)..
bila da dngar wat pertandingan sape yg paling bca bnyak buku dlm sebulan akan dapat sijil..
apalagi buku2 di rak kt library time tue habis dipinjam..pening perpustakawan(tue keje aku la) nk kena semak sape pinjam..buku cerita matt saleh(B.I)pun dipinjam..


makan pagi kt skolah free(RMT)boleh la tahan..ada ke patut menu bihun sup pun ada awal2 pagi..apa kes..?disebabkan sodap layan jea..(janji makan free)..

pastue trend pencil box yang bleh buka dpan belakang..siap ada sharpener(germit)kat tepi dia..kawan2 yg dengki diaorg xde apalagi diaorg gi hembus berkali2 kt sharpener so tumpul la..huuhuu..lik umah ngadu kt mak tp x dilayan..biarlah kt depa mak cakap..

main kumpul pemadam,sape yg dpat kumpul kesemua gmbar huruf n bendera mengikut abjad..
time tue syang nk guna..naik heran mak kt umah..walhal fungsi sebenarnya untuk dipadam..murah time tue satu 10sen(sekupang)..

pernah jadi ketua kelas(itula sape suh tunjuk rajin depan cikgu)kan dh dapat naik pangkat..tp bila suh kedepan mulalah gabra..heehee..takut tengok muka cikgu yg da misai macam sarjan tentera..(cengih plak tue)tp sebenarnya baik..selalu belanja aku ngan kengkawan aiskrim kayu..
ok..sambung len kali ek..

hayati sejenak...

Andai ku tahu…. Kapan tiba ajalku… Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku… Andai ku tahu… Kapan tiba masaku… Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku… Aku takut akan semua dosa dosaku… Aku takut dosa yg terus membayangiku… Andai ku tahu… Malaikatmu kan menjemputku… Izinkan aku mengucap kata taubat padamu… Aku takut akan semua dosa dosaku… Aku takut dosa yg terus membayangiku… Ampuni aku dari segala dosa dosaku… Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu… Aku manusia yang takut neraka… Namun aku juga tak pantas disurga… Andai ku tahu…. Kapan tiba ajalku… Izinkan aku mengucap kata taubat padamu… Aku takut akan semua dosa dosaku… Aku takut dosa yg terus
membayangiku… Ampuni aku dari segala dosa dosaku… Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

renungan sejenak..

bukti-bukti kebenaran islam..

Tuhan(Allah) memperkuatkan Rasul-Nya yang terakhir Muhammad s.a.w dengan berbagai mukjizat dan bukti yang menunjukkan bahawa beliau adalah seorang Rasul utusan Allah untuk umat-umatnya di muka bumi ini..Selain itu,Ia memperkuatkan kitab suci-Nya yang terakhir sudah tentu Al-Quran,di dalam kitab suci ini pelbagai keajaiban yang membuktikan bahawa Al-Quran itu kalamNya serta wahyu dan bukan ayat-ayat yang direka oleh manusia..fikir-fkirkan n renungkan..

24 March 2009

jemputan ke majlis kenduri Aqiqah

adakah kambing seperti ini akan ditumbang untuk majlis Aqiqah(kekah)..
aii..tengahari semalam kak sue wife kapten rasydin call menjemput aku n hubby ke majlis aqiqah babynya..mlm jumaat diaorg nk wat majlis..dengarnya kambing tumbang 2ekor(kambing negara arab tuh)..anak lelaki kan..paling aku suka kalu dapat makan nasi kenduri,walaupun dirantau org dapat gak tengok suasana kenduri Aqiqah(kekah)..akak nih dapat baby boy(handsome boy siap dagu lekuk tau)thomey ar..nma x pasti lg coz aku terlupa nk tanya..nnti mlm besok aku upload gmbr suasana majlis tu ek..so aku merangkap tolong kt dapur la(ala-ala gotong royong kt kg),kt sini sanak saudara x de so kengkawan la yg bleh membantu..insyallah dlm hal ini,akan dibantu untuk ringankan beban tuan rumah..aku berdoa majlis yg akan berlangsung nnti akan berjalan ngan lancar..aammiinn..

cerita-ceriti..

pagi tadi aku bangun jea dr tidur,dh tahu apa nk buat..coz semenjak dapat kerjaya baru nih..heeehee..title br katakan..(fulltime housewife).. sekarang dh terbiasa la,tp semenjak x kerja aduh...lain macam masa berlalu..kalu time keje dulu pagi aku kt sekolah lmbatnya anak2 murid aku nk lik umah..fuhhh..jenuh nak melayan karenah2 yg pelbagai2..kalu ditulis panjang ceritanya..nk dipendekkan cerita anak murid aku nakal2 gak tp terselit manja..aku plak suka sakat kalu yg nakal2 manja..nakal tahap ape aku nk ckap ahh..mmang susah nk kawal sikit..pandai kawan ngan diaorg akan tahu perangai budak2 ribena(panggilan aku dkt anak muridku)..janji time aku masuk kelas diaorg sporting..itu yg aku suka..
dulu sebelum tido otak dh terSAVE mcm jam plak,apa nk kena buat kt skolah tp bila balik dr skolah penat giler so terbengkalai gak kerja2 kt umah..hujung mnggu br leh kemas satu umah..tp sekarang dh berubah..skang kerjaya aku bertukar,surirumah itulah kerjaya baruku dirantau org(demi org yg tersyg disisi)..so otak nih terSAVE bnda yg baru plak..heehee..skang aku hanya buat tugasan2 yg mana kaum ibu2 yg x bekerja kt luar tp kt dalam umah la..memasak,mengemas,membasuh x la,basuh hanya(anak gadis jepun yg laksanakan)pinjam perkataan ayah aku..tau ape..?heeeheee..mesin basuh la..cuma sidai jea n tunggu kering jea la..zaman moden katakan..
cuma da satu hari dlm seminggu aku ikuti kelas pengajian kt sini..itupun sekejap dlm 3 jam..lepas tue balik wat la kerja biasa yg da dlm umah..
aku nih pagi2,selepas subuh mmang x terbiasa tido,kalu penat jea br layan mata..tapi selepas hubby G keje mulalah keje aku tp kenalah sarapan dulu..dh terleka ngan kerja tup2 dh masuk waktu zohor..time tue la aku leh rehat..apalagi check internet la n tengok isusemasa di malaysia..
sebelum hubbyku pegi keje,inilah yg dia tinggalkan untuk aku(notebook),senang dibawa n x berat sangat walaupun skrin dia x besau,leh nmpak lg tulisan2 dia(aku memang mnat bnda yg comel2) tp best gak layari internet..thanks hubby..ok..selamat malam..

22 March 2009

saat2 musim sejuk.!!


time nih pukul 7.31am..09march2009..
baru masuk bulan mac,still sejuk lagi..tp pertengahan bulan nih dh beransur2 sejuk..coz baru2 nih kuar dh terasa bahang panas..adakah musim panas akan menjelma plak..tp setau aku member2 yg lama menetap sini,diaorg kata bulan 4 keatas br masuk musim panas..

disini yg aku pernah aku alami musim sejuk n musim panas..tp ingat lagi tika aku jejak tanah arab bulan posa n ngah heavy betui panas dia..suhu panas time tue mencecah 38cc ..aku n mak mentua datang sekali coz datang merangkap antar aku...abg dh awal 2mnggu sampai ke UAE..aku dok biasa musim tanah airku..tup..tup..aku terkejut ngan suasananya apatah lagi musim panas awal2 pagi pun dh terasa bahang panas..wktu solat time tue makin awal..pukul 4 lbih dh subuh..kami smpai sini ngam2 org nk bangun sahur,apalg terkocoh2 makan utk sahur..pukul 6pg aku bngun terkejut dh siang..dlm seminggu gak aku nk sesuai ngan cuaca sini..tika tue yg aku tau nak baring jea n malas nk kuar..hubby waktu keje bulan posa diorg dikasi balik awal..pukul 3pm dh sampai umah..air-cond 24jam jea on..aku yg x terbiasa ngan air-cond rasa sejuk jea(dlm bilik)..kalu kuar jea rasa cam cepat2 nk cari ais letak kt muka..bahang panas leh wat bibir aku kering jea..tp sini ais setengah2 kedai jea jual,dh la mahal..org arab x mnum ais kot..tp masuk musim sejuk jea,aku paling best coz kuar jea anginnya dingin jea..pernah sekali hujan,itupun nk tukar musim panas ke sejuk..x la lebat..guruh n kilat pun x da..da member aku gtau org arab pegi melancong mesia hairan asyik hujan,pastue berhenti jap n hujan...mana leh sama cuaca khatulistiwa cam ngara kita..negara asia kn sentiasa lembab..disini waktu niaga kalu siang dr pukul 10am hngga pukul 12 dibuka..selepas waktu zohor ditutup smpai pukul 4lbih br dibuka..malam dibuka sampai pukul 12malam..patut la aku lihat x rmai yg kuar waktu siang..sebab diarg terbiasa ngan cuaca disini yg mana siang terperap dlm umah..coz musim panas tengahari paling heavy panas dia..musim panas Mall dibuka smpai lewat malam tp musim sejuk tutup awal..






21 March 2009

lunch..lunch..!!!

cukup menyelerakan bila sebut tentang makan..tengahari semalam x smpat nk aku coret..
member abang da jemput kami pegi umah dia makan tengahari..apalagi my hubby cuti plak,so rmai2 kami kumpul tempat biasa di rumah abg isa n kak intan..thanks family abg isa sudi layan aku n my hubby n kengkawan..bukan sekejap kami pegi..boleh dikatakan kalu pegi umah diaorg x sah kalu pegi n lik cepat..msti smpai diaorg jemu n penat layan br la kami tau angkat kaki langkah nk lik umah..heeheeeee..mcm umah sendiri pn ada..tp kak intan selalu sebut..(jgn malu2 tau,wat la mcm umah orang)apalagi aku yg jenis x malu kalu pasal makan,mesti makan ngan selera coz akak nih kalu masak ingat masakan mak di kg..yummmy..
semalam kami ramai2 makan masakan kg..nasi putih berlauk macam2 iaitu kari ikan tenggiri(pebret aku tuh),sup daging,kobis masak lemak(abg isa yg masak spesial resepi dr melaka)mmang sodap n rojak..fuhh wallah..and then aku cuma wat sambal belacan coz bila da kari kawannye mesti sambal belacan..pedas vs pedas..heehee..kalu sape x biasa telinga leh jd mcm asap kuar dr serombong kapal..haahaaa..jgn marah..tp terlupa nk amik gmbar suasana wktu tue..mmang happening smbil mkan layan plak movie dr mesia..abg isa jmput plak member2 dia..mmang meriah..(ingt aku tika itu,bila hujung mnggu berkumpul rmai2 di umah mak n di umah mak mntua..hilang la stress keje)..riang gembiraku rasa..abadikan...

20 March 2009

hari nih...

baru aku leh catit mcm2 cerita yg aku nk kongsi coz blog aku dh setel D create..
heehee...ari nih...???emmm apa ek..
paling aku suka pabila aku masak da org sudi makan..
lagi aku suka masak..tp x Pro la..setakat makan n kenyang bleh la layan..coz td da kakak n abang serta anak2 dia dtg umah(member kt abu dhabi),makan tengahari kt sini..
so yg terhidang sambal telur,sayur campur n sardin..
skang aku ngah mencuba masakan2 yg sebelum nih x pernah ku'TRY'...
dulu tau makan jea..yg tau dh da hidangan atas meja..
kalu tidak..makan kt luar n tapau plak mkan kt umah..skang x bleh wat cmtue coz sy dh kawin n my hubby suka kalu saya yg masak..hmmmm..thanks abg sudi rasa masakan saya..perah otak gak kalu asyik ngan menu masakan..heeheee..mak tolong daku..tp mak le penyelamat aku,kalu x tau bahan2 dlm masakan call n tanya la..mmmuuuuaahh..

18 March 2009

**..petaku..**


Visitor Map
Create your own visitor map!

Islamic Hijri Calendar

~MemOir oF PadAng pAsIR~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Blogger Template Template