30 April 2009

Dinner at Chowking..

hari nih aku terasa nak makan 'claypot',borak2 ngan member dia ckap sini ada restoran
china best gak makanan dia..(pendapat dr kak sue yg selalu pegi)..tp dia ckap x sure ada ke x 'claypot'..asyik hari2 makan masakan sendiri so nak ubah selera mkan mlm nih..sementara tunggu hubby lik keje aku n kak sue tunggu member dia dtg..kami wat 'Kuih Lapis'..untuk minum ptg..ter'ghenyih'(senyum)lebar kami berdua coz kuih kami mnjadi..(sori x de gambar)..dah abis makan br teringat..
sementara nk tunggu kuih masak,kak sue x ingat kat mana area restoran yg disebut2 tue..puas menelefon member2 dia yg biasa pegi..last2 alhamdulillah dh tau kat mana..so tunggu hubby lik keje n bg dia rest kejap n makan kuih kami wat ptg td..selepas maghrib kami pegi terjah restoran yg disebut2 td....time kami naik 'Cab',dia x tau la restoran tue..bila sebut lokasi restoran Chowking dia lg x tau tp bila sebut hamdan street at Hotel Crown Plaza br dia angguk...kak sue yg tunjuk arah kt dia.. fuhh..akhirnya smpai juga..ikutkan aku n hubby dah lama dok sebut2 restoran masakan china tp x tau kat mana..so mlm nih smpai gak..patut driver cab x tau,restoran tue dibangunan belakang hotel.. inilah restoran yg dimaksudkan tue..interprem jap(irfan join gak) sebelum masuk,supaya bila dtg lg dah ingat kat mana..heehee.
sebelum makanan sampai,layan dulu ler lensa kamera nih..member aku nih namanya 'nor'..
kami masuk jea dlm restoran tue disambut oleh penyambut tetamu(ala2 pakai cam polis)..ingat dia br nk kuar mkn dr restoran tue..haahaa..
nie lah menu 'macam2 ada' tp masakan china ler..makanan lebih kurang Asian Food kita tp nama jea dipanggil lain..Chinesse Food popular ngan makanan yg direbus..


menu yang aku order ala2 'claypot' tp mee basah..namanya Beef Mushroom&Wantan Noodles..sedap tau..kuah marvellous sedap..tp aku yg kureng ngan mee layan jer la.
.
yang nie menu kak sue order Fish Fillet in Black Sauce..bawah nasi putih.. sedap kuah dia pekat sikit..
nie my hubby order nmpak sekali macam mee kering..tp bila makan lembut jea..dah la kasi kuah sikit pas tue pinggan macam kayu main pingpong..mee dah la x rebus supaya lembut sikit..kesian kt my hubby nengok dia makan..makan mcm mamee plak..jenuh tunggu bg lembut..nama menu nih Wanton noodles..sebenarnya sedap..
nie lah air cincau(lengkong) tp dlm menu nih tulis Black Gulaman..sedap..(aku semua sedap)layan je la..cincau dia potng besar2..puas hati minum..sejuk urat perut dah lama x pekena ais..nie plak menu namanya fresh Lumpia(mcm popia basah)..isi dlm pun lebih kurang Popia Basah Mesianya..sedap..walllahhh..

yang nie x sure namanya..tapi isi dlm ayam n sayur..macam ngan dimsum..sedap..

kuih nie namanya Bola-bola Siopao(kuih pau)..tapi inti dlmnya ubi keladi..sedap dimakan panas2..
setelah semua makanan kami rasa,nie lah hasilnya makanan dlm pinggan habis licin ..tue tandanya sedap..walllaaahh n marvellous la..harganya boleh tahan n janji puas ati..tp makan ramai lg best..bleh bg bintang la..(4 bintang dr 5)..ok..






28 April 2009

Abu Dhabi pusat perlancongan..

baru tadi aku dpt email dr my hubby mengenai tempat tinggal aku skang,dimana bandar aku dok skang adlh ibunegara UAE..aku dok ingat DUbai adlh ibunegara UAE..tersilap tekaan aku mayB yg pesat membangun Dubai..so Dubai yg popular..nak tau lebih lanjut baca ler keratan akhbar berita harian,malaysia sy copy jer..

Ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) jadi tumpuan seba
gai pusat bebas cukai, tarikan seni bina moden(ABU DhABI)..

SUATU ketika dulu, jika disebut Abu Dhabi, ramai yang keliru antara ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini dengan Addis Ababa, ibu negara Ethiopia atau Habsyah.

Tidak kurang juga yang tidak pasti di mana lokasinya biarpun mengetahui ia terletak di Timur Tengah atau Asia Barat. Sejajar kedudukannya sebagai ibu kota UAE yang merangkumi 70 peratus keluasan kawasan, Abu Dhabi sudah lama berusaha untuk keluar daripada bayangan negara jirannya seperti Arab Saudi dan Oman yang begitu menyerlah.Kemasukan pegawai dagang asing yang kerap ke Dubai untuk mengecapi kehidupan di negara bebas cukai dan sinaran matahari sepanjang tahun itu, turut mengekalkan reputasi bandar raya ini sebagai kota yang amat berpengaruh. Sudah pasti, dengan pembangunan pesat menerusi pelaburan melebihi RM360 bilion di ibu negara ini selama beberapa tahun, tidak mustahil Abu Dhabi bakal muncul antara lokasi terkenal di dunia.

Bersempadankan Arab Saudi dan Oman, UAE mewakili tujuh Emiriah. Jika disoroti sejarahnya sejak 35 tahun lalu, Abu Dhabi yang juga Emiriah terbesar ketika ini, pada asalnya hanyalah padang pasir. Kini, landskap ekonomi dan visualnya sudah berubah pesat, selaras kemajuan yang dinikmatinya.

Perjalanan menyusuri jalan rayanya memberikan pengalaman yang sungguh mengasyikkan. Gabungan seni bina unsur moden yang diselang seli dengan unsur tradisional iaitu Timur bertembung Barat, membolehkan pengunjung membuat pilihan seperti mencuba kopi Arab yang beraroma di kafe kecil tempatan atau menyeberang jalan untuk menikmati ‘skinny latte’ di kafe jenama asing popular.Tidak cukup itu, deretan bangunan hotel pencakar langit yang sebegitu banyak dan lebih dominan berbanding kubah masjid juga tidak kurang indahnya. Jika diamati, deretan bangunan bank dan kedai emasnya diselaputi debu, hanya mengingatkan kita terhadap asal usul sebenar Abu Dhabi iaitu sebuah kawasan padang pasir.
Gabungan pakaian tradisional dan moden, turut menjadi tarikannya. Kegemaran masyarakat tempatan mengenakan kandooras dan abayas, (pakaian tradisional lelaki dan wanita) bukanlah penghalang kewujudan premis menjual pakaian jenama Barat seperti Mark & Spencer serta Marc Jacobs.
Ironinya di sebalik deretan butik jenama asing ini, kebanyakan brosur pelancongan memaparkan ‘Selamat datang ke Abu Dhabi’, yang memaparkan gaya dan kemewahan digabungkan dengan nilai tradisional yang memberi pengalaman percutian lain daripada yang lain.’

Berasaskan gabungan moden dan tradisi ini, pusat beli-belah di Abu Dhabi juga tidak ketinggalan memaparkan ciri kebudayaan setempat. Kegiatan ini sebenarnya memberi pelancong pengalaman berekspedisi seperti mencari permaidani antik bermutu tinggi di pasar dan bazar tradisional atau memilih rekaan pereka sedia ada gedung ultra moden atau butik.Ia juga menepati kedudukan Abu Dhabi sebagai pusat bagi kebanyakan jenama berprestij dunia serta pusat jual beli seni dan kraf bermutu tinggi.

Percutian di negara ini tidak hanya bertumpu kepada kegiatan beli-belah, malah boleh disulami aktiviti lain yang tidak kurang menariknya.
Ramai yang tidak tahu Abu Dhabi adalah gugusan kepulauan yang mana hampir 200 pulau berada di sepanjang pantainya. Ini bermakna lawatan ke pulau adalah aktiviti masa lapang yang popular di kalangan penduduknya yang kaya serta memiliki bot sendiri. Bagi yang tidak memilikinya, ia bukan satu masalah kerana pengangkutan awam ada disediakan.

Pulau Saadiyat di timur Corniche, kini dijadikan pusat pelancongan mewah dan destinasi kebudayaan, selain menjadi mercu tanda dua muzium terkenal di dunia yang kini masih dalam pembinaan. Guggenhaim Abu Dhabi yang direka oleh arkitek tersohor dunia, Frank Gehry yang mencipta populariti melalui rekaannya Guggenhaim Bilbao (Sepanyol), bakal menjadi yang terbesar di dunia, menampilkan seni moden kontemporari.

Louvre Abu Dhabi pula gah dengan beberapa galeri seluas 6,000 kaki persegi untuk tatapan kekal dengan tambahan 2,000 kaki persegi untuk pameran sementara. Louvre Abu Dhabi yang direka oleh Jean Nouvel, akan mempamerkan artifak dan hasil kerja arkeologi seni halus dan gubahan. Guggenheim Abu Dhabi dijangka dibuka pada 2011, manakala Louvre menyusuli setahun kemudian.

Pulau Yas ialah pusat sukan dan rekreasi di Emiriah ini. Perjalanan ke sana mengambil masa 30 minit dari Abu Dhabi dan ia bakal menjadi tuan rumah Taman Tema Ferrari, litar Formula satu, taman tema air dan beberapa padang golf, padang polo, pusat sukan berkuda dan hotel bertaraf dunia.

Pelancong juga boleh menaiki bot dari Jebel Dhanna, 240 kilometer di barat Abu Dhabi untuk tiba di pulau Sir Bani Yas yang bersejarah dan eksotik, selain dijadikan destinasi percutian mewah Teluk Arab, saingan kepada Sharm El Sheikh di Mesir, walaupun tidak sehebat Maldives. Ia juga adalah hutan simpan semula jadi dan dengan spesies hidupan liar mendiami kawasan hutan yang luas.

Bagi peminat sejarah, Sir Bani Yas juga sesuai untuk berehat. Sir Bani Yas adalah tempat asal biara Nestorian pada abad ketujuh dan gereja - satu-satunya tinggalan Nasrani di negara itu sebelum kedatangan Islam dan yang terbesar pernah ditemui di timur Arab.
Info: Abu Dhabi
Terletak di kawasan seluas 83,600 kilometer persegi
Penduduknya, kira-kira 1.5 juta orang
Mata wang - dirham
Cuacanya panas dan cerah sepanjang tahun..

27 April 2009

bangun pagi..Jogging..!!

selamat pagi UAE dan Mesia..selamat pagi seluruh dunia la..hai2 selamat pagi..wow cam best jea wat ucapan untuk manusia2 didunia nih..heehee..
bangun pagi solat subuh,mntak doa bukakan pintu rezeki n mudahkan perjalanan hidup kita didunia nih sbg hambaNya yg selalu ingati padaNya..Amin..
entry nih aku semangat ri nih nk kuar g jogging(jalan2 kuarkan peluh)..mntak izin kat hubby dia kasi..pesan dia jaga diri lok2..heehee..insyallah..bukan jauh pun,taman kat area umah aku jea..
elok jea hubby dh g keje,dok intai2 kat tingkap tengok suasana luar umah,tiba2 terpikir kang aku jogging sorang2..bleh ke..?(x best kalu kuar sorang2)..x pasal2 g melencong masuk Mall kt area umah aku jea..beli brg basah nak masak..lagi best..JOGGING gak kan..(kuarkan peluh) n dpt udara fresh wktu pg..(tue tujuan yg aku nak)..
kebetulan kak sue start cuti so ajak join sekali..huuhuu dia cakap"ala ko x yah susah turun bawah,guna akak nyer (tread mill)salah satu alat jogging dia punye"
ala..hampa ku rasa,x de sape nk ajak g jogging nih,x dpt nk nkmati angin pagi..huuhuu..tp x pe aku jalan2 pusing satu umah,kira peluh kuar la gak(smbil pegang tangan Irfan(baby br 11bulan) mula nak belajar jalan..hari2 aku praktik kaki dia..haahaa...
my hubby da ckap,lik keje ptg2 kita g jogging ek..dengar best tue,tp bila dah smpai waktu dijanji da jea halangan..nak ke tempat lain la..beli brg dapur sikit..my hubby ckap hujung mnggu la kita pegi kena angin pagi kat area corniche(mmang tmpat popular jogging,di tepi laut)..yang seronok nak g jogging bukannya apa,seronok tengok suasana pagi n muka kita kena angin sejuk jea..
dua bulan lepas taman area umah aku,pagi2 taman dipenuhi ngan manusia pusing taman kat situ..time tue musim sejuk,best ler..tp skang masuk musim panas,dh x ramai yg kuar g jogging tp aku plak yg semangat nak kuar..pelik kan..haahaa..
skang kul 6.00pg dah cerah cm kul 8pg(jam mesia),so subuh pukul 4.25pg dah masuk waktu..itu yg wat aku dah bngun x leh nk tido balik..segar jea mata..biasa ler mata kita kalu dh kena air,semangat baru datang kan..haahaa..(merepek lah)..ape-ape ajelah..

25 April 2009

lipas berleluasa..

pagi tadi ngah sarapan,secara spontan kak sue cakap akak x tahan la ngan makhluk seekor nih..bukan makin sikit,lagi kami 'spray'sebelum tido lagi bnyak yg kuar..fuhh..ponin den..kami x jumpa 'kubu'asal binatang nih..kalu x..leh selesai ngan senang..hanya pest control jea kot yg tau kat mana..tapi lg bnyak,lagi geli nengok..(memang aku geli tengok benda marayap)..meremang satu badan..eeeeee...
binatang yg aku ngah ngumpat n bergosip nih,adalah LIPAS..bukan lipas yg spesis lipas di Mesia tau..kalu kat Mesia besau2..tapi sini yg halus2..(bg penggemar pancing zaman aku kecik2 dulu lipas kecik yg wat pancing dipanggil 'pepeh')pernah dengaq x..?binatang nih kalu kt kg suka dok dlm pasir2 halus..nama asal aku pun x tau..besar lebih kurang tue ler..tapi yg nih x bleh wat pancing..bahaya..
satu hari kami kerjakan kawasan2 yang sewaktu ngan dia dlm umah..tau plak kami nak serang'kubu' mereka..ngah kemas2 kawasan popular lipas merayap tentulah di dapur..tapi bila kuarkan barang2 yg tersorok x de plak kuar berselerak lipas nih,kalu tidak,aku ler akan melompat kalu kuar bnyak..hairan gak..
alang2 kemaskan dapur,barang2 yg x dipakai kami simpan n bungkus dlm plastik..bnyk gak brg yg tersorok bila kuarkan..heeeheee..bersihkan apa yg patut..fuhhhh..ponat gak..
selesai bhgn dapur,kami bersihkan bilik n bilik air..mana tau binatang nih pegi sorok2 area situ..x de gak..macam CSI plak..tapi jenayah kami LIPAS..
kat negara arab nih,LIPAS binatang kotor yg berleluasa,lain kat negara kita tikus yg berleluasa..sini tikus x de plak 'serang'..jauhkan la..tmpat aku lalat dan semut ada tapi jarang2 jumpa..malam lagi la best,nyamuk x de plak..iklan ubat nyamuk cam Mesia x de kat sini..mungkin negara arab cuaca panas kan..so binatang2 yang tertentu jea,yang menyerang umah manusia..
kalu iklan pun hanya untuk LIPAS la..(sori x dpt tunjuk gambar haiwan nih)dah cuba mbik tp x clear..LIPAS yg dewasa ada masa dia boleh terbang..lagi aku x suka haiwan nih..eeeee..geli..selesai satu umah kami kerjakan,rasa puas hati..so hujung mnggu saya n hubby hanya rehat kat umah jea..my hubby cakap x yah kuar tp malam kuar juga g makan kat area umah kami..heehee..

22 April 2009

Ahli club makin susut...

sekali baca macam tajuk berita utama plak..heeheee..tapi sesuai untuk member2 yg aku kenal kat sini(abu Dhabi)dah lik Malaysia..sorang demi sorang balik..tp kami sebagai manusia x dapat la menghalang..mereka pun ada hal masing-masing n komitmen sendiri..kami baru jea kenal,kira x sampai setahun dok sini tapi kami kenal cam sedara lama..
leh bergurau senda,tawa riang n suka duka dikongsi bersama..

gambar sebelah penghantaran member kami yang pertama..walaupun ahli club terasa kekurangan tp x dapat nk halang beliau lik Mesia..
Abg Isyak balik Mesia coz da komitmen dimana anak2 beliau semakin membesar n nak sekolahkan di Mesia..hanya di Mesia beliau fikirkan yg terbaik untuk anaknya..
tapi wife dia(kak sue)masih kat sini lg,terikat ngan kejenya sbg nurse..x lama nnti kak sue pun akan balik juga..x pe kak sue,niat kak sue tue suci untuk cari rezeki demi masa depan anak2 kak sue..Chayok..chayok..

gambar nie plak,penghantaran ke Airport ahli club kami yang kedua iaitu Abg Lan..huuhuu.sedih bila kami g antar diaorg lik..yea la asyik antar diaorg jea,bila aku plak nak lik Mesia bercuti..huuuuhuuu..
abg lan lik jap jea,tp rasa mcm lama bila sebulan mbik cuti..
ari nak antar abg lan ke airport,abg isyak dtg semula ke Abu Dhabi coz skolah kat Mesia ngah cuti..tapi jap jea dtg..(rindu bertandang pd wifenya)..opsss sori kak sue..dlm sibuk member2 nak lik mesia da orang br masuk club kami,tp beliau nih asyik hujung mnggu turun Dubai g umah member..namanya Khairul..


dlm berapa bulan nih jea,kerap betul member kami semua nak lik Mesia..macam berjanji jea tp tuhan yang tau tujuan hati masing2..
gambar nih,namanya Eddie..dah pun lik Mesia..katanya hartanya dh cukup so wat pe pening2 kapla..minang anak dara org jea la..Gurau je..beliau balik untuk langsungkan perkahwinannya ngan gadis pilihannya..alhamdulillah telah mengikut sunnah Nabi..
hari sebelum member2 kami naik flight,kitaorg akan kuar minum teh tarik(milk tea)dan ber'Shisha'...(santai ala-ala org arab)..sini mana ada kedai mamak cam mesia..kalu kedai minum,hanya sediakan air n Shisha..makanan x bnyak pilihan..

inilah suasana di Airport Abu Dhabi,kalu ahli2 club g antar..(ala-ala macam antar peserta AF plak)..sedih..sementara nak tunggu flight berlepas sempat la berborak2 n bergurau senda..
bila plak nak jumpa n merasa suasana cam nih..buat member2 kami yang berpisah nih,jangan la lupa kami disini..walaupun dimana kita berada ingatlah saat kita bergelak ketawa dan suka duka brsama2 dirantau orang..
begitulah kehendak Yang maha Esa,tiada siapa yang dapat menghalang ketetapanNya..
sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang baik buat hambaNya..Amin..

20 April 2009

sabar aje la..tolak ansur ler sikit..

entry kali nih,aku nk ngupas sikit ketidaksabaran orang2 sekeliling diarea aku tinggal skang..nama pun manusia kan yg bleh berkata2..ntah tetiba jea suka plak aku nk kongsi ngan pembaca blog..(aku pun da gak perangai x sabar tapi bertempat la..)heeheee..
baru jea tadi,aku terddengar orang2 kat bawah bercakap ngan kuat..setahu aku kalu borak2 kat bawah x la dengar sampai ke tingkat 5(umah ku tinggal skang)..buka tingkap br ku tau pak arab bertengkak sesama sendiri(x de la smpai ber'westling'..aku ingat da kebakaran ke or accident..yea la,dok umah tingkat atas berhati-hati dlm hal Emergency..kalu jd ape2 senang bertindak..heeeheee..(x pernah dok umah cam nih)..
nie la gambar kete pak arab yg mana x nak bertolak-ansur ngan kete yang bertentang ngan dia..apa kes..???

hmmm..tengok la camne sempitnya jalan belakang(untuk parking)so jln mesti one way senang kuar tapi ntah camne kete pak arab satu nih silap masuk jalan..pandai2 dia jea masuk wat two way..signboard dh tulis n siap wat gmbar lg(tulis dlm bhs arab)..tp x reti2 gak..isshhh..org yg x tahu dlm bahasa arab pun leh faham undang2 sini..org sini(local)tau nak cepat,pantas n ntah ape ntah..mentang2 negara diaorg..sabar-sabar..heeheee..

lama gak nak settle dlm 15 minit,baru settle..masa dlm 15 minit tue jalan dlm tue dh start 'sesak'..hon cam biasa la,setiap kete berbunyi..ala-ala mcm irama n lagu plak..

kete dr one way x nak undur n marah-marah kt kete yg dtg dr bertentangan..bila nk selesai kalu asyik bertikam lidah..dah la nk U-turn punya la susah..kete besar2 yg masuk..silap haribulan polis yg kena settle..
tengok kete parking pun gerun bg diriku ler..kat Mesia pun kalu aku g mana2 pun kalu bleh nk parking yg senang leh masuk n kuar..sini x akan dapat yang seluas tue,pantang da kosong petak parking masuk jea..kalu malam memang poblem bg penghuni di area tmpat aku tinggal..disini setiap umah apartment yg diduduki penghuni x disediakan khas untuk parking kete(basement untuk parking lagi la x de)..so kat luar bangunan jea ada..lain plak dinegara kita,kalu da perumahan dibina mesti disediakan serba lengkap untuk penghuninya..baru puas hati..
dah la parking kete x teratur,bersepah-sepah..heehee..(aku terbiasa ngan undang2 JPJ)..heehee so kalu parking mesti cantik punya,aku pikir nk kuar nnti senang..tapi sini pentingkan diri sendiri jea..x pikir org lain nak kuar ke,nak masuk ke..lantak ler..last2 kete yang di'park' x dapat kuar pagi besoknya mula tekan hon n jalan penyelesaian polis juga yg dtg selesai..
tapi sini aku paling respect pd kaum aku ler(pompuan)..orang2 sini kalu nmpak pompuan wak kete yg x dapat kuar parking,diaorg tolong..n kalu ngah wak kete kalu nmpak pompuan wak kete,x de la bunyi2 hon yg memekak..time pagi-pagi cam nie area parking umah aku paling lenggang,coz diaorg g keje..cam nie hari2..nmpak kan petak parking dah digaris ngan cantik lagi..tapi x pernah masuk ngan betul..

sini kete2 mewah di'park' insyallah selamat..x de pecah masuk n x de hilang tayar..kalu setakat calar perkara biasa la..bawak x pandang ngan elok2 kat luar,redah jea..

jika berlaku satu accident di jalan raya,satu jalan tue akan jam coz kete yg accident td selagi x disetel oleh polis x bleh bergerak langsung..tunggu selesai polis mbik report br lenggang jalan..mbik report untuk wat cover insurans..

terpikir gak,kdg2 cam nyusahkan pengguna jalan yg lain,bila area jalan raya yg terlibat accident x dapat bergerak..pengguna jalan yang lain ntah da urusan penting ke or ibu yg nk bersalin x dpat guna jalan tue..cam ne tuh..???

tapi da kelebihan gak,kalu dh terlibat kemalangan dijalan raya,x de la org selesaikan sendiri,hanya undang2 sini yg selesai ngan aman,..











19 April 2009

Trip sambil belajar ke Sharjah,Uae..

pagi semalam tempat aku selalu g ngaji da lawatan sambil belajar ke Sharjah,Anjuran New Muslim Center,Abu Dhabi dimana semua perbelanjaan lawatan ke sana di support oleh goverment sini..so kami pegi wak diri jea..heehee..
sebenarnya program tue untuk muslimin dan muslimat yang baru masuk islam(muallaf),tapi dia terbuka pada sape yg berminat nk pegi..apalagi aku ngan member x nak lepaskan peluang nih bergaul ngan orang2 yg baru masuk islam..hanya kami 2 couple jea dari Malaysia..yang lain da dari Filipina,Pakistan,Mauritius,India,Mesir,Indonesia dan Afrika..Arab Local da 2 orang yg berminat join..


sebelah nih gambar2 kami sebelum bergerak menuju ke destinasi..
4 biji bas yg mengikuti program kali nih,aku diasingkan ngan hubby..so hubbyku naik bas yg da muslimin jea,aku ngan member2 pompuan..lagi satu bas untuk family(yg da anak2) n satu lagi muslimat coz pompuan ramai,kesemuanya ahli rombongan 100orang..


jadual program2 yang aku ikuti di Sharjah
8.10am - bertolak dari Abu Dhabi..
10.05am -berhenti di Adnoc(bas isi minyak)R n R negara arab hnya stesen mnyak jea leh benti kat highway..
11.10am -sampai di bandaraya Sharjah(bandar Art and Culture)
-berhenti di Al-Qasba untuk menanti solat jumaat..
12.27pm -solat jumaat di Masjid..
-khutbah dlm bahasa inggeris disampaikan oleh imam dr rakyat A
merika masuk islam..
1.45pm -lunch di Hotel Nova park..
-sebelum makan dengar ceramah mengenai perubatan dlm islam..
3.45pm -bertolak plak ke Sharjah Aquarium..
5.00pm -ke Sharjah Museum of Islamic Civilization..
7.45pm -baru bertolak ke Abu Dhabi..
10.20pm -alhamdulillah sampai kami ngan selamat..
heehee..walaupun penat tapi puas hati..
tue dia bandar Sharjah,dimana jalan raya x sesibuk di tempat aku dok skang..tenang jea..disepanjang jalan melalui persisiran pantai..bot-bot nelayan boleh nmpak jea diaorg parking x jauh ngan jalan besar..(sori x dpt nk mbik gmbar bot nelayan,kamera bateri habis..)Eye Of The Emirates mengamit pengunjung yg datang ke Sharjah..
nama bandaraya sharjah kalu ditulis bahasa arab sebutannya lain bila sebut jd (syarqah)..






nie lah gambar masjid,ramai org berpusu2 ke masjid berkenaan..untuk solat jumaat n dengar khutbah bahasa inggeris dari Imam..bersemangat dia memberi khutbah,bergema suara dia..perempuan pun join sama untuk solat jemaah..hngga solat sampai ke padang berhampiran..terharu aku melihat suasana sebegini,walaupun time tue panas terik,diaorg x hirau pun..subhanallah..
selesai solat jumaat,smpat lg aku dengar Imam meng'Islam'kan sorang Muallaf yg br melafaz dua kalimah syahadah..alhamdulilah terbuka hati beliau n bertambah la umat islam di muka bumi ini..aminn..


selepas itu kami bergerak mengikut jadual yang aku catit diatas..heehee..nak catit panjang gak..coz happening giler trip kami..sporting pihak penganjur,x kisah join naik bas kecik..walupun dengar isteri beliau di hospital sakit buah pinggang tapi Tuan sheikh nk ikut juga..Tuan Sheikh Ahmed namanya..
abang yang pakai songkok tue,mualaf dr pilipina dh lama masuk islam..dia la yang arrange kan program merangkap pembantu Tuan Sheikh Ahmad..
gambar yg ke-2 tue aku ler ngan member2 pengajianku..
gambar ke-3 aku ngan member,hanya kami jea couple dr Mesia...heeheee..
borak2 ngan diaorg da seorang member nih dia tanya aku dr negara mana..?
aku suh teka la..
member sorang lagi(Egypt) terus jawab..I guess U must be Malaysian..
aku jawab sudah tentu la..aku tanya dia cam ne leh tau..
dia cakap tengok perbezaan dr tudung aku pakai n tudung2 dr negara lain pakai..
perbezaan lipat tudung bila pakai..dia pernah melawat negaraku tercinta n dia tertarik ngan suasana budaya negara Mesia..
and last dia cakap 'Malaysia truly Asia'..bangga tau..












17 April 2009

usrah di malam minggu...

alhamdulillah,baru td berjalan lancar kuliah maghrib merangkap usrah mingguan di Abu Dhabi..kali nih di umah Abg Isa & kak Intan,Najda Street..program bermula pukul 8.15pm solat berjemaah di umah beliau n bacaan Yassin diketuai oleh Haji Ismail..selesai bacaan Yassin da sedikit kuliah agama yg disampaikan oleh ketua Usrah kami iaitu Abg Azahari..selesai kuliah agama disambung bacaan Mathurat beramai2 dan diketuai oleh Abg Azahari gak..
Selesai bacaan Mathurat da pengumuman dr ketua usrah,majlis mlm tue merangkap rai member kami nak lik Mesia n tengah bulan nih last beliau di Abu Dhabi n kurang lagi la ahli usrah kami..beliau balik merai majlis perkahwinannya..and da sorang ahli usrah kami tarikh lahirnya mlm nih so kek disediakan(x sure sape yg sponsor)untuk meraikan beliau..








sedikit ucapan sepatah dua kata dr bakal pengantin baru untuk member yg still lg di Abu Dhabi..see u di KL yeaa..nnti kami g serbu umah pengantin kalu lik Mesia nnti..tunnggggguuu...








nie lah suasana pd mlm tadi..happening giler tp tetiba blackout sekejap umah abg isa x de letrik..da poblem..gelap seketika..kira bermunajat n terdiam semua ahli usrah..heeehee..setelah ok baru member yg kami rai mlm tue,memotong kek bersama2..nk tau tengok la gmbar no 4 tue,Otai vs muda belia..so sebelum nk memotong kek sempat lg 'orang lama' berumahtangga bg petua pd bakal pengantin..haahaaa..ahli-ahli usrah bagi sumbangan hadiah untuk bakal pengantin coz x dapat join kenduri beliau di KL..
gambar no.1& no.2 tue kaum2 ibu berborak-borak tunggu nk makan ler tue..gambar no.3 semestinya aku ler ngan hubby..orang g serbu kat meja makan tp kami sempat pose 'Black' boria lagi..
tadi sempat klik gambar2 makanan yang terhidang di umah abg isa(hos mlm nie)..tuan umah masak sup daging serta nasi putih n ayam masak merah..tetamu yang datang da gak wak makanan masing2..pulut kuning ngan daging masak rendang..mee goreng,kuih apam,makaroni goreng,puding roti serta aku plak wak popia goreng..macam2 ada..(semua tue masakan Mesia)..




dlm pukul 11.30,tetamu yang datang usrah mlm tue bersurai nk lik umah masing2 ler..termasuk ngan aku nk lik umah n tido coz penat layan perut..macam2 aku makan tadi..sedap..yummy..elok turun dr umah abg isa villa yang berhampiran situ,lampu lip-lap penuh menghiasi umah..dari atas bumbung hingga kebawah..cantik aku tengok..kalu kt Mesia hanya raya jea lampu cam tue,itupun depan pintu umah jea..yang aku tau kalu umah orang arab dihiasi lampu lip-lap penuh satu umah kat luar tandanya da penghuni dlm tue akan berkahwin..so selagi x sampai hari majlis perkahwinan tue,akan bercahaya jea lampu..wow..terpegun tengok umah bermandikan cahaya lampu..hujung bulan diaorg yg bayar bil letrik..apa heran..heeheee..

15 April 2009

Tempe Goreng...

Menu minum petang aku tadi,tempe goreng cicah ngan sambal kicap..tetiba lapaq plak nk makan bergoreng smbil minum teh o panas..nak beli kat sini mngkin ada jual tp mesti restoran Indonesia le..restoran Malaysia belum wujud lagi di Abu Dhabi..kalu beli mesti mahal beb..!!!
bayangkan pernah aku g makan kat restoran tersebut nk bayar kuih aku makan..time tue makan kuih karipap n kuih gulung(ketayap),tau berapa 3 biji setiap kuih td dhs5.00..terkejut perut ngah hadam..heeheee..
tue yg aku bertekad biar sendiri wat leh makan bnyak2,biar x de rupa janji rasa yg kita wat mesti ada..semenjak dok umah jea,belajar memasak la..petang sambut my hubby lik keje..heeheee..(kehidupan dirantau org)..

gambar diatas Tempe yang aku beli dengan orang Indonesia yang tinggal disini,dia pengusaha kecil-kecilan wat Tempe..satu dhs5.00..tinggal di negara orang pandai wat bisnes,lumayan duit dapat.

bahan2 wat tempe goreng ..(member baik kasi dr Muar)..

jintan manis 2 sudu kecik..jintan putih 2 sudu kecik..kedua-dua bhn ditumbuk halus..masukkan bahan2 yg ditumbuk tadi bersama,air,tepung gandum(yg senang dpt disini),telur,sedikit garam n serbuk kunyit sedikit..(macam bancuh tepung nk goreng pisang)..

*tempe dibelah mengikut citarasa masing-masing..

bahan-bahan wat sambal plak..

cili padi 5 tangkai(nk pedas extra la sikit),bawang putih 5ulas..ditumbuk sekali,masukkan secubit garam(supaya cepat sikit cili lumat)..selesai tumbuk bahan tersebut gaulkan dengan kicap manis..kalu pekat masukkan sedikit air..

taraa..dah boleh makan..sodap bila dimakan panas..dulu kecik2 aku paling x suka air soya,rasa macam minum air beras yang mendidih tp bila dah cuba semua yang asal dari kacang soya jadi pebret tau..sini bekalan kacang soya mentah susah nk dapat..dulu member da gak ajar wat sendiri air soya,tapi terlupa nak salin resepi(dulu kan dok kt negara sendiri x yah pening2kan kepala,di mesia senang dapat minum air soya di pasar malam bersepah-sepah org melayu yang jual)tapi sini..huuuhuu..produk soya dari Mesia da jual gak kat sini Brand Drinho harganya dhs6.90(saiz besar)berbanding di Mesia yang harganya br RM1.80(saiz besar)...


14 April 2009

Buah kurma..Buah kurma coklat..semuanya ade...!!!

sebut negara arab mesti sinonim ngan buah kurma yang di Mesia kalu famous time bulan posa jea beersepah2 jual tp kat sini tiap-tiap hari ada..fresh lagi n bermacam2 nama kurma yang ada..
yang special tentang kurma disini kurma bersalut2 ngan kacang almond,hazel n pistacho n yang paling aku suka mesti la kurma disalut ngan coklat macam kuih Almond London la tp 100% la dlmnya isi kurma n letak kacang almond sikit..yummmyyy..gambar diatas suasana pasar Mina di Abu Dhabi,x cuak nak pegi pasar coz sini sekeliling bersih jea..pasar sayur n pasar ikan diasingkan tempatnya..kalu pasar ikan building x jauh dr situ..pasar sayur ngan buah disekalikan satu tempat..itu yang nmpak sekeliling bersih..harga boleh la tahan,bleh dapat murah..
itulah tauke kurma yg pandai layan costumer yg dtg kedai dia,ramah..walaupun gerai dia nmpak kecik jea tp dlm gerai dia macam2 nama kurma dia jual..da yang lembut,manis n jenis yang kering pun ada..pandai tawar-menawar boleh dapat harga yang berbaloi..
setelah penat beli n makan kurma free kat kedai tue,mulut manis jea..heeeheee..apalagi haus la plak..so singgah jap g makan merangkap makan malam ler tue..heeeheee..kebetulan nak masuk terserempak ngan memberku ngah makan so satu meja la kami duduk..ok gak makanan kat restoran situ,leh org yg pesanan tue cakap teh tarik tuh..(dlm bhs melayu)coz rmai sgt kot org Mesia dtg mkan kat situ..teh tarik(milk tea)chicken spring,lamb chop,buffet(sekitar harga dhs43 seorang) n nasi goreng mkanan paling popular kt situ..kalu datang Abu Dhabi,UAE singgah ler kat situ..nama restoran tue Restoran Ibrahimi..

12 April 2009

berhujung mnggu di sekitar Dubai.

jumaat mnggu lepas saya,hubby serta member hubbyku habiskan cuti hujung mnggu diDubai..boleh dikatakan satu Dubai kami tawan..heeheee..lagipun member hubby dah nak lik Mesia so teman dia pegi shopping untuk wat ole-ole dr sini..persinggahan pertama yang kami jejak Ibnu Battuta Mall,yang mana dalam Mall tue da 5 negara hiasannya..coz sempena nama Ibnu Battuta kan(ahli sejarah)pengembaraan beliau dinegara tersebut,cantik n luas betul.. walaupun luas dalamnya setiap yang sy masuk memang unik hiasannya dengan rekaan setiap negara yang beliau pegi..kira kami masuk Mall nih macam pegi muzium percuma dan terbuka.
setelah penat berpusing2 dlm mall br kuar dr situ..singgah plak kat Burj Al-Arab mbik gmbar jea,mana leh masuk kecuali da booking nk makan kt restoran or tido kat hotel dlm tower tue..hotel paling mahal tau 1mlm mencecah USD1000 kalu duit UAE n RM ntah ler berapa byk..fuhh..!!sebelah pintu masuk ke tower Burj Arab da tempat mandi-manda berbayar ala macam sunway lagoon theme park tp sini namanye Wild Wadi..dewasa masuk dhs195/= n kanak2 dhs165/=..amacam harga dia..apa la yg mahal,ntah ler ada apa dlm tue.. pas tue pegi round sekitar The Palm Jumeirah,setakat tengok dr jauh jea..jalan ngan org keje constraction so macam pegi melawat tapak projek ler..heeheee..bleh gak masuk dlm tuh..apalagi mbik gmbar ler design2 umah kat situ..da deret umah dibelakang leh mandi air laut,best tengok..sebelum smpai Outlet Mall sempat singgah building yg x siap lagi tp akan bakal siap x lama lagi Universal Studio akan ada di Dubai,so sempat la tengok dr luar luas tue dalamnya,nak wat macam ala-ala hollywod tue..pas tue g shopping kat Outlet Mall memang x rugi masuk dlm coz harganya memang runtuh,barang branded tau..situ kami pegi paling lama tau,walhal 2 tingkat jea..heehee..window shopping jea,..Dragon Mart pun ok gak tp barangan dari China bnyak dijual disitu,best gak suasananya..tengok dari luar buildingnya bentuk macam naga tau..pintu masuk punya la bnyak so pandai2 la masuk bahagian yang kita nak..
lastly sebelm balik singgah jap kat Wafi Mall x sempat masuk coz dh lewat sampai..dah nk tutup pun..heeheee..disebabkan nk beli souvenier barangan Planet Hollywood so tempat tue bkak lagi..tengah dok tengok barang2 kat situ,terserempak ngan satu family orang Mesia datang bercuti tp diaorang dr Doha,Qatar..borak punya borak diaorang turun Dubai ngan kete,drive selama 12jam..wow..tahan betul kan..best tuh..kalu kat Mesia mcm KL turun Kelantan or terengganu..tp dr Qatar nk ke Dubai kena melalui satu negara lagi iaitu Arab Saudi..kena melalui sempadan la gak..
dlm pukul 1.00tengah malam br bertolak balik Abu Dhabi,dlm 2jam br sampai ke umah kami..aarrrrrggghhh..ngantuk n penat tue..zzzzzzzzz....

barang dari Malaysia

syukur alhamdulillah barang dari mesia sampai ngan selamatnya ditangan kami..thanks mak n abah pos barang yang kami perlukan..kebetulan sampai tarikh majlis hari lahir hubbyku so bergegas juga dia pegi post opis(Emirates post)dekat madinat zayed mbik barang kat sana..abis jea keje terus ke sana,diaorg nak cek ada apa dlm kotak yang dikirim..takut gak kena rampas..coz dlm tue ada ubat2 dr mesia..fuhhh takut kena rampas jea,dekat sini ubat x bleh nk pos sebarangan setakat makanan n pakaian boleh..
setelah diaorg buka kotak n sekali lagi aku bersyukur,dlm kotak kecik yg dibalut kalendar kecik terselamat diselongkar coz dlm tue berbotol2 ubat ada..fuhhh..!!!barang dr mesia keropok kering,ikan masin,rempah-ratus n daun pandan serta serai dikeringkan..mngkin disebabkan berbau kurang menyenangkan hidung pegawai orang arab terus dia tengok2 cam tue jea..heeeheee..selesai selongkar br bg dekat my hubby n dia mntak caj dhs2.00..wow gembira barang yg inginkan dah sampai ke tangan kami..lain kali baru tau segala jenis ubat n botol yang berair x bleh dipos sesuka hati daaa..belajar dari kesalahan katakan..kalu ubat senang2 dipos dari negara lain alamatnya bangkrap la farmasi sini yg sememangnya segala jenis ubat mahal..pas tue kena ada insurans cover br leh jumpa doktor,kalu guna duit sendiri mak oii cekik darah betul..

09 April 2009

ucapan untuk suamiku..

pada hari selasa baru2 nih 07.04.2009,sori abg x smpat nak wat entry mlm tue khas ucapan untuk abg..penat melayan tetamu,lewat mlam member abg x lik lagi..heehee..abg yg kena layan..(sori bg rumah bernombor 1605)akak jemput satu family tp yg datang ct koos n addam jea..mana bidadari bintang,katak ejaw,effa uffa n eiyreen,kak zarah x datang tp abg zari wakil jea..rugi korang x dtg ada kek tp disponsor oleh kak sue..aku hanya masak nasi ayam n popia goreng..

inilah hidangan yg disediakan malam tue,cukup terharu hubby coz dia x caya wat makan2 khas untuk dia..lepas tue makanan pebret dia plak terhidang..yang nie jea dapat disediakan mujur da kak sue yang bnyak membantu..thanks banyak2..

suasana mlm tue happening sangat,walaupun tmpat terhad(sempit sikit la),tp perut tetamu kenyang ngan hidangan mlm tue..walaupun family2 di mesia x dpt nk merai mcm tahun lepas tapi hanya wish untuk hubbyku..ok la tue,janji diaorg ingat..

alhamdulillah makanan mlm tue cukup untuk tetamu yg dtg,rasa puas ati bila tengok makanan yg kita wat dihabiskan..abang sebenarnya mlm tue ala2 majlis doa selamat N merangkap majlis hari lahir abg gak,semperna kita mencari rezeki dinegara org spaya kita dimurahkan rezeki n selamat di sini..nak panggil rmai2 tmpat terhad..heeheee..tunggu kita lik mesia nnti ek..br leh pnggil rmai2..ikutkan nk suh abg zari bacakan doa sikit tp manusia nih merancang jea tp Allah yg menentukan so disebabkan wat majlis ari keje so ramai yg da komitmen ngan keje masing2..rancang selepas maghrib br tetamu datang tp sebelum maghrib dah datang tetamu..so baca doa dlm hati jea..heehee..aminnn..

05 April 2009

desert safari Abu Dhabi..

hujung mnggu baru2 nih,aku n hubby serta kawan2 seangkatan yang berada disini berPicnic di tengah2 lautan pasir(padang pasir)..zamzam ala kazam..heeheeee..dah lama ingin nak pegang pasir arab..wow cam x caya la..apalagi aku bersyukur alhamdulillah da org sudi ajak join team diaorang..

kami bergerak selepas solat jumaat,dlm perjalanan kami dlm kete ditemani lagu2 evergreen dr sudirman CD nye..fuyoo da plak lagu balik kampung,salam terakhir(Sudirman)heehee..lagu zaman p.ramlee pun layan..sini kalu dngar radio on air arab daa..dalam 2jam lebih kami sampai ke destinasi yg nk dituju..desert safari la..berhenti mendengar penerangan ala2 ringkas sebelum bergerak ke tengah2 padang pasir yg sememangnya pasir halus so tayar kete mesti la dikurangkan angin supaya bila berada di pasir halus x terbabas(sebelum nk kurangkan angin tayar tue mesti kena da alatan lengkap la kalu x..???kempis tayar susah gak nk bergerak..menyeramkan bila betul2 berada ditengah padang pasir(macam roller coaster)..heeheee..satu kete menjerit2 tp driver lg suka wat..fuhhhh..!!!relax jea dia..kami dlm tue jerit sebab nak rasa happening..so kita enjoy..!!!
walaupun ditengah2 padang pasir dengan air yang kami wak untuk minum jea,x cukup untuk menampung air sembahyang,bertayyamum la ramai2..sempat la rasa solat asar berjemaah di padang pasir..pompuan solat diatas tikar n lelaki plak sujud atas pasir..tikar x cukup..kenangan tue..
elok nak berkemas barang nk balik,tiba2 datang sekumpulan unta pun nak lik kadang dia..unta yang kami jumpa sporting betui..ingatkan mula2 nak serang,kami kan wak makanan n belum dikemas2 masuk dlm kete..abg isa ngan beraninya pegi pegang unta tersebut..rupa2nya tuan unta ada kat belakang..bestnya dapat jumpa lagi unta yang betui di tmpat asalnya..heehee..


inilah group kami pegi ujung mnggu baru2 nih..happening giler..bila dapat waat cam nih lagi..coz salah sorang ahli club akan berpisah ngan kami..huuhuuu..member abg namanya Eddie akan melangsungkan perkahwinannya bulan nih..selamat pegantin baru dari kami..





























03 April 2009

salji...!!!

inilah gambar yg aku br dapat,lgpun entry yg aku nak wat dulu x jumpa..so dh dpt gmbar nih leh kongsi bersama2..lgpun kat sini masih musim sejuk dah nak beralih ke musim panas..tataplah gmbar2 nih..

di dalam daerah UAE,Ras Al-Khaimah hujung bulan 12 tahun lepas..daerah situ terkejut ngan musim sejuk yang mengakibatkan salji turun ditengah malam..

gambar nih di waktu pagi,kediaman diatas puncak bukit..jarang2 sekali turunnya salji,kalu setakat suhu rendah dari 10kebawah mnjadi kebiasaan la..

gambar waktu siang,salji still ada lg..salji menutupi batu-batu bukit yang bersepah2..walaupun sejuk diutara daerah negara nie tp kami dekat daerah Abu Dhabi hanya rasa angin2 sejuk jea di siang hari..kalu negara arab nie,sinonim ngan sandstorm yang mana pasir2 halus ditiup angin..

fuhh..pedihkan mata sape yg x tahan..sini kalu hujan cukup seronok bleh dapat udara segar la ckit n dapat cuci jalan ckit yg sememangnya penuh ngan pasir-pasir halus..
dengar cerita time mlm salji turun,penghuni2 diatas bukit x tahu yg area diaorg dilimpahi hujan salji..bangun pagi dari tido n tiba2 buka pintu nk kuar,ketulan2 salji penuh kelilingi pintu..terkejut penghuni yang berhampiran..halaman dipenuhi warna putih n udara yang dingin..



~MemOir oF PadAng pAsIR~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Blogger Template Template