28 June 2009

Mari Berfikir Untuk Islam

Baru-baru ini saya sempat mengikuti satu pasukan penguatkuasa yang terdiri dari Jabatan Penguatkuasa MPSJ dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang telah menyerbu dua buah kedai tikam nombor di USJ1 Subang Jaya. Kedua-dua premis judi ini dilesenkan oleh kerajaan Pusat dan memperolehi lesen niaga (premise license) dari MPSJ.Serbuan bukannya ke atas premis tetapi ke atas para pembelinya yang beragama Islam.Menurut Enakmen Jenayah Syariah Selangor, orang Islam yang didapati berjudi adalah melakukan kesalahan dibawah peruntukkan ini dan boleh dijatuhkan hukuman. Apabila kami tiba pada hari tersebut memanglah ramai pembeli yang sedang beratur untuk membeli nombor dan ada yang baru mahu keluar dengan nombor tikaman masing-masing.Apa yang saya mahu tonjolkan di sini adalah gelagat salah seorang yang telah ditangkap. Si pemuda Melayu ini marah-marah apabila ditahan oleh para pegawai pengutakuasa, menjerit-jerit mahu tahu apa kesalahannya. Lalu seorang pegawai JAIS memaklumkan beliau ditangkap kerana berjudi.Dan pemuda tersebut dengan selamba tetapi penuh yakin berkata lebih kurang bahawa jika ini dosa maka ianya antara beliau dengan Tuhan, mengapa pihak berkuasa mahu sibuk-sibuk. Malah beliau mengaku bahawa beliau berjudi untuk mendapatkan wang tambahan, katanya kalau beliau susah apakah JAIS bersedia membantunya!Inilah realiti masyarakat kita hari ini. Belasan orang yang beragama Islam telah ditahan pada hari itu dan jumlah yang sama berjaya membolos diri.Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Dimanakah kelemahan kita?Memang jika ditanya mereka yang kuat mengkritik saya percaya soalan pertama yang akan dihamburkan adalah mengapa PBT terus memberi lessen perniagaan kepada kedai-kedai judi ini, mengapa tidak ditutup terus seperti di Kelantan. Tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak berfikir bagaimana mahu melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Kita menghormati kehendak dan sensitiviti politik kawan-kawan kita, namun ini tidak bermakna kita tidak boleh melakukan tugas dan kerja kita. Cumanya kita perlu memperkasakan jabatan-jabatan tertentu agar penguatkuasaan khasnya terhadap umat Islam dapat dipertingkatkan.Umno BN telah mewariskan kita Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang mereka luluskan tetapi tidak berdaya menguatkuasakan. Umno jangan cabar-cabar PAS kenapa tidak buat Islam sedangkan mereka juga Islam mengapa judi, arak dan maksiat lain terus kekal semasa mereka memerintah dahulu.Demi menghormati kawan-kawan kita dalam Pakatan Rakyat kita beri tumpuan terhadap rakyat yang beragama Islam. Matlamatnya bukan menghukum atau mengambil tindakan tetapi memelihara masyarakat dan ummah agar menjadi baik dan selamat dunia dan akhirat. Lalu semua pihak perlu gembeling tenaga ke arah itu. Dalam ruang kecil yang diberikan kita guna-pakai sepenuhnya undang-undang negeri ini agar berkuatkuasa sepenuhnya.Dalam waktu yang sama para pendakwah kita terus perlu berperanan bukan sekadar di masjid-masjid dan surau-surau tetapi dimana sahaja tempat yang memungkinkah dakwah Islam disampaikan. Saya percaya si pemuda Melayu yang ditangkap di USJ1 itu sudah berpuluh tahun tidak mendengar mesej Islam, kerja kita untuk memperbaiki "area" itu.

Begitu juga tindakan bersepadu antara Jabatan Agama dan PBT perlu terus dipertingkatkan. Jabatan Agama mungkin kekurangan pegawai, kita buat tindakan bersepadu dengan PBT agar kekurangan itu dapat disokong oleh pihak PBT.Dalam pada itu pimpinan kita diperingkat wakil-wakil rakyat, ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampung dan JKKK, JKP semuanya perlu menggunapakai kuasa dan ruang yang diberikan oleh jawatan masing-masing untuk menekankan aspek amar makruf nahi mungkar ini. Dalam isu pengharaman arak saya perhatikan sudah ada PBT-PBT tertentu yang telah bertindak proaktif menggunapakai enakmen yang sedia ada.Di MPSJ contohnya semalam pihak majlis baru meluluskan garis panduan baru terhadap kelulusan lessen premis hiburan dan rumah-rumah urut. Antaranya mengambil dari semangat enakmen ini, semua premis hiburan yang dilesenkan menjual arak selepas daripada ini tidak lagi dibenarkan mengambil pekerja yang beragama Islam. Begitu juga rumah-rumah urut yang dilesenkan yang "unisex" (perempuan mengurut lelaki) tidak lagi dibenarkan mengambil pekerja yang beragama Islam. Lesen-lesen baru yang bakal dikelurkan semuanya akan mengenakan larangan ini,

Inilah perkara-perkara yang perlu kita fikirkan sebagai sumbangan kita semua terhadap membawa perjuangan Islam di negeri ini setelah kita punya saham berkuasa. Memang idealnya kita mahukan semua premis ini ditutup, judi diharamkan dan lain-lain, tetapi kita perlu mendakap realiti yang ada. Apa pun kita jangan berpeluk tubuh tetapi terus bekerja mencari ruang dan peluang yang ada untuk mempertahan dan memelihara Islam.Mudah-mudahan kebaikan Islam nanti disedari dan mahu dikongsi bersama oleh semua, InsyaAllah.

Campurtangan Raja-raja Melayu dalam isu pertukaran agama

Pada 22 April lepas kabinet baru Najib Tun Razak memutuskan bahawa mana-mana satu pasangan samada suami atau isteri yang bukan Islam yang memeluk Islam dan jika punya anak, maka si anak atau anak-anak kekal menganut agama asal siibu atau bapa sehinggalah mencapai usia dewasa bila mana ia boleh memutuskan sendiri agama pilihannya.Keputusan ini ternyata sungguh kontroversi, kerana selama ini ia tidak pernah begitu. Selama ini aqidah anak-anak akan turut dengan siibu atau sibapa yang Islam.Akan tetapi keputusan kabinet ini menunjukkan seolah kerajaan tidak berminat membela atau mempertahankan Islam dan sebaliknya menyerahkan kepada pasangan yang bertikai untuk menyelesaikan sendiri masalah rumahtangga mereka. Benar dari satu sudut kita mahu memberikan keadilan kepada semua dan tidak mahu anak-anak menjadi mangsa krisis ibu-bapa, namun dari satu sudut lain, melalui keputusan ini kita seolah berlepas tangan, kita perjudikan aqidah anak-anak tadi kepada siibu atau sibapa yang tidak Islam.

Bagaimana jika apabila dewasa si anak tadi enggan memeluk Islam dan lebih selesa dengan kepercayaan siibu atau bapanya yang bukan Islam. Siapakah yang bertanggungjawab nanti?Saya yakin ramai yang bimbang dengan keputusan ini dan ramai yang tidak dapat menerimanya. Kini hairan kenapa kabinet tiba-tiba tergiur ghairah untuk meluluskannya.Alhamudulillah siang tadi, setelah harapan terhadap Islam terdampar di persimpangan jalan akibat keputusan kabinet itu. Apabila semua kelihatan terbantut dan dunggu dalam mahu menyelesaikannya tiba-tiba pihak istana terpaksa campurtangan.Persidangan Khas Majlis Raja-raja Melayu yang berlangsung tadi di Istana Negara memutuskan bahawa pandangan Majlis Agama Islam Negeri perlu diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan). Dengan camputangan Raja-raja Melayu ini juga bermakna apa yang diputsukan oleh kabinet itu tertangguh sehinggalah satu keputusan yang lebiih praktikal dan boleh diterima semua.Selamatlah Islam dibawah pengawasan Duli-duli Tuanku.

24 June 2009

menu aku..

salam bicara.. bila kita diperantauan yang makanan biasa kita makan tiada ditempat kita duduki sekarang N membuatkan kita merindui masakan tersebut n terliur2 jea bila tengok gambar2...huuhuu.. walaupun makanan di sini(tempat aku tinggal skrag ditimur tengah)ada,tp lain sikit menu bila kita jamah..x sama ngan tekak kita yg biasa makan melayu..boleh dikategorikan macam-macam ada.. so disini aku sajikan makanan yg aku suka makan yg mana dulunye order jea kat kedai makan kat tmpat asal..tp disini kena la cuba wat sendiri..nak hidupkan mesti kena maju kedepan..heehee.. bila resepi ditangan,mulalah buat..asal nmpak rupa,rasa n sedap..kira ok la.. thanks pd ibu aku, website2 N blog2 teman yg menyediakan resepi..bila dh mencuba n menjadi..fuhh..sentiasa nak mencuba jea.. layan dulu resepi dr air tanganku..
amacam terliuq x..???menu pertama nih kerabu tauge lobak masin..lobak masin nie pegganti perut lembu.. makan tengahari time nih..tp kerabu memang sesuai ngan lauk tengahari..selera bertambah tue..

menu kedua Ayam Perap Goreng..dah kehilangan idea time tue..x tau nak masak apa makan malam..

menu ketiga Kuih Talam Pandan..kebetulan perisa pandan utk wat kuih nih ada..wat jea.. buat untuk usrah mingguan..

menu keempat Sambal Ikan Bilis..yg nie makan ngan Nasi Lemak ari tue wat sarapan..

menu kelima nih Kuih Buah Melaka..sodap nih..pebret aku..heehee.. nie buat minum petang..menu keenam Kuih Keria..senang n cepat N sodap dimakan..janji ada ubi keledek..heehee..
and last Kuih Gulung aka Kuih Ketayap..
buat untuk bawak pegi majlis usrah mingguan..licin habis..

menu-menu diatas nielah buat aku menyelerakan..x jemu bila kerap masak..ada bahan cukup n menjadi apa yg kita nak buat..so senang hati..haahaa..

22 June 2009

sebak rasanya..

bagaimana rupanya kalu seorang budak berjalan2 ditengah2 padang pasir dengan perut kelaparan..sayu hatiku..

Abang Nak Beli Kuih...?? Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur . Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

Abang nak beli kuih?" Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajanya."Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan" jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menik mat inya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja."Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya."Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni" kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima . Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik." Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia meng hadi ahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet dan menghulurkan sekeping not merah RM 10. Saya hulurkan padanya. "Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM 10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua mat anya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu."Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar. Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. L ida h saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....!" Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan... Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? ? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

renungan sejenak


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1.) AyahnyaApabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberikemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2.) SuaminyaApabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana .)

3.) Abang-abangnyaApabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4.) Anak2 lelakinyaApabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibujuga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah…..betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.Firman Allah SW.T;“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu….”

21 June 2009

usrah dihujung minggu

salam usrah diperantauan..
setiap hujung minggu aktiviti usrah dijalankan,cuma dibatalkan pun hanya tiada sesiapa yg ingin menjadi hos bg usrah disini..usrah hanya dapat dijalankan di rumah2 warga2 malaysia N singapura yg tinggal disini..sebab disini x boleh sebarangan nak majlis coz x de tempat yg sesuai..
so paling baik buat majlis agama di rumah member2 disini..alhamdulillah berjalan dengan lancar N bila dh berjumpa seminggu sekali beramai2 macam2 buah tangan yang dibawa..semestinya makanan citarasa melayu lah..walllahh..yg tue x boleh tahan..rindu ngan menu citarasa melayu kan..

hujung minggu baru nih diadakan di rumah warga singapura iaitu member kami disini..thanks sudi menjadi hos kali nih..walaupun lain negara tapi kita serumpun..janji umat islam..
tapi kali nih usrah disiang hari iaitu hari jumaat selepas solat jumaat..bagi kaum lelaki solat di masjid berhampiran..balik pada solat Jumaat,tetamu dihidangkan makan tengahari beramai2..menu2 dihari tue macam2 ada la..dari menu utara,pantai timur,selatan N seberang tambak pun ada..
nielah suasana waktu makan tengahari,dekat luar panas so bila perut dapat makanan yg dihidang..bersemangat makan..heehee..

nie plak gelagat anak2 ahli usrah..bila kawan2 nye wat hal masing2,so idea kanak2 seusia nih mencipta la pelbagai kerenah supaya x boring..kreatif N rajin nak mengemas yea umar..sejuk bekas tue..
selesai makan tengahari,bermulalah majlis ilmu utk minggu nie..macam biasalah dihoskan oleh Abg Zari..kira punya kira dh 31 kali perjumpaan sebegini dlm usrah..rupanya kalu difikir2 dh bnyak kan illmu agama yg kami perolehi..alhamdulillah buat sebagai motivasi..walaupun sibuk dengan kerja2 seharian,kita sebagai umat islam kenalah dibimbing dengan Ilmu didada..supaya x lupa atau terleka..
gelagat kaum ibu bila mendengar majlis ilmu..mestilah khusyuk N berfikir sejenak..macam bermuhasabah diri..kanak-kanak waktu nih dengan aktiviti sendiri di ruang lain..

selesai majlis ilmu tuan rumah bg ucapan ribuan terima kasih pada tetamu yang sudi datang..dan diakhiri doa penutup oleh Atuk..Atuk nie pun dh nak balik Mesia hujung bulan 8..maka kuranglah ahli usrah kami..insyallah ada rezeki lagi akan bertambah lagi ahli usrah..

18 June 2009

berhati-hati



Mulai hari ini, anda YANG TIDAK TAHU, pasti akan merasa ragu untuk menikmati hidangan di Old Town White Cafe dan anda dinasihati untuk untuk menjauhi premis tersebut.Old Town Kopitiam, 1 Utama
Bagi yang YANG TIDAK PEDULI, terpulang. Sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah (BUKAN SYIAH), saya perlu menasihati anda supaya jangan mendatangkan fitnah ke atas agama Islam.

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam ‘WCOK telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-

Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.

Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-

  1. WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitam,
  2. NEWTOWN Kopitam
  3. WHITE HOUSE Kopitam
  4. PAK HAINAN Kopitiam
  5. JOM BALI Kopitiam

adalah ‘TIDAK HALAL’.

bukan setakat coffee yg disediakan tapi menu makanan yang dihidangkan..jikalau sesiapa yg dh pergi sebelum nih,lain kali lupakanlah melepak di situ..

dah terang-terang bilamana org islam yg nak cuba mntak wat francais utk restoran tue,tp ditolak mentah2 dengan mengatakan x sesuai utk umat islam bukak restoran seperti ini..itu sebelum mereka yg ingin membuka restoran ini x tahu rupanya x halal setiap makanan yg disediakan..terkejut..nauzubillah..

kita sebagai umat islam yg semestinya menjaga pemakanan mengikut hukum syara',eloklah berhati-hati dengan sedemikian rupa..selidik dulu baru boleh terjah..

setiap apa yg kita makan seharian,boleh mainkan peranan tingkah laku kita hingga hari ini..kerana setiap makanan yg kita makan akan menjadi darah daging dlm tubuh badan kita..

Sama-sama..Berkat..Selamat..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan

di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah

bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepad
a si

suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang

menyayangi dan mencintai Sayang


Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan

abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada

saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman

lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

i suami menarik nafas panjang dan dia berkata

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara
yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis

dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya y
ang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di
hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah

engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan

kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau

menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika

disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau

tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan

setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan

sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,

selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik

dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia

boleh dirasai dalam hati."


::: Hati Emas :::

17 June 2009

kelebihan Ayatul Kursi..

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal

seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.

Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati

suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan

keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di

luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk

rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan

salam daripada isterinya.

Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama

dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi

apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT

mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya

hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada

dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang

yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia

daripada masuk syurga kecuali maut dan barang

siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah

SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,

rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT

menganugerahkan dia setiap hati orang

yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg

benar,pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan

padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi

sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT

mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka

semua memohon keampunan dan mendoakan

baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan

pengambilan rohnya dan dia adalah seperti

orang yang berperang bersama Nabi Allah

sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi

ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT

berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.

bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun

satu ayat..."

Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk

Dunia Mu, Utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk

Akhirat Mu"

-------------------------------------------------

~ Subhanallah...~

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia

terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta

diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih

laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak

melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap

selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap

perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan

berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa

billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak

diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun

jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad

Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak

terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,

mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat

mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-

mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa!

14 June 2009

jom ketawa hilangkan stress

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat.
Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis..
Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu.
'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?
Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau
tak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganya dimasuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"

setelah diperiksa....

Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

p/s
Mulakan hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat.
Jangan tension2.

13 June 2009

summer BbQ..

salam..
pembuka kalam katakan..heehee..
ayat skema jap..
mlm semalm usrah di Abu Dhabi digantikan dengan bersantai ditepi pantai smbil menangkap ketam tue..itu yg program dilewatkan waktu untuk berjumpa..sebelum bertolak kami singgah solat maghrib di masjid sheikh zayed..cantik dengan limpahan lampu sekeliling..masjid nih terbesar nombor 3 didunia..sekitar masjid luas betul..sebelum nak masuk kedlm masjid ada makam sheikh kat situ..tidak dibenarkan amik foto kat area situ..
dlm pukul 8.10malam br kami bergerak ke shahama(salah satu tempat dlm Abu Dhabi),pukul 9.25mlm br sampai kepantai utk kami berBBQ mlm tue..apalagi dlm suasana gelap,kami cari "port" utk bersantai..hanya lampu kete jea yg boleh dijadikan cahaya..
sementara tunggu kawan-kawan yg lain,kami yang ada kat area situ buka bekalan utk dimakan..buat unggun api utk dpt cahaya kan..sambil-sambil tue nak bakar ayam N kalu da rezeki nnti leh bakar ketam plak..


dah ada cahaya pun,punya panas mlm tue mujur ada angin laut..sejuk badan..
dah la sekitar x nmpak apa tp mlm tue happening betul..dapt berkumpul n bertanya khabar member-member..bergelak ketawa dimlm tue..ikatan ukhuwah dlm usrah mlm tue yang penting..

salah satu makanan yg dihidang utk malam tue,ibarat macam2 ada la..dr makanan melayu semestinya la ada,western food,kuih muih melayu n air kopi panas,ais bandung pun ada tau..
sama-sama bawak makanan,bila dihidang banyak makanan..


inilah hasil tangkapan malam tue,ketam yang diidamkan tapi yg bnyak kepah yg dapat..ketam mlm tue x bnyak yg dapat..lagipun mlm tue bulan penuh so mesti bnyak ketam yg keluar..mngkin kami terlalu awal kot pegi..
apapun malam berBBQ tue,penuh ngan kenangan manis..walaupun time tue amik gmbar hnya flash jea yg mencerahkan suasana..gelap gelita..
kepah n ketam bila dimakan memang fresh betul..terus dr laut kan..
dlm pukul 11.50mlm br kami mengemas barang utk pulang ke rumah masing-masing..
sebelum bertolak balik,sempat la kaum bapa solat jemaah di situ..syahdu dengar Imam(diketuai oleh Abg Zari) membaca surah dlm solat..
selesai solat baru kami berpecah utk pulang kerumah masing-masing..
dlm pukul 1.00pagi br sampai kerumah..
malam tue aku jadikan kenangan manis,di tempat aku pun x akan dpt peluang macam malam tue..
sebelum tidur badan kena air,rasa nyaman betul..bersih diri sebelum tidur..solat N zzzzz....


http://achik-atun.blogspot.com

10 June 2009

keluar jalan-jalan

hari nih semngat aku siapkan kerja2 harian aku,yg biasanya aku lengah2kan selepas hubbyku G jea aku iron baju aku untuk keluar ngan member..heehee...bukan selalu bleh bersosial ngan member kan.. member aku lmbat sikit smpai kat umahku so sarapan dulu sorang2 sementara tunggu kedai buka..sini kedai2 kat Mall bukak pukul 10am.. dlm pukul 10.00 lbih br aku turun kat bawah..rasa panas pagi pun terasa bahang..kami berdua tunggu bas dlm 1o minit br bleh naik..alhamdulillah naik bas terasa sejuk dlm bas..lgpn dlm bas time tue dh x ramai..mungkin semua dh masuk keje la..
langkah kami bermula..heeehee..kalu dh jalan ngan member sorang nih x sah kalu x shoot tmpat yg cntik..so peluang ada kan,bleh berposing..cuba teka nie buah apa..?
taraa..nielah buah kurma yg belum masak..

impian pegang buah kesampaian tau..nak merasa buah kurma yg x masak pn dh kesampaian..rasanya pahit sikit..siap petik lagi wak lik sikit..geram tengok buah kurma berlemon2 kat atas pokok.. nie pokok kurma yg dh nak tumbang..cantik pokok nih tumbang..
dh nmpak macam org islam rukuk nak solat..
kejadian Tuhan kan..
hampir sejam gak kami kat area pokok kurma,sini pokok kurma tanam macam tanam bunga kat taman..tepi jalan nak ke Mall memang bnyak..ada yg pokok tinggi n ada rendah tp tetap berbuah..


http://achik-atun.blogspot.com

06 June 2009

koew teow goreng

salam..rasa lama betul aku x update kan..so ada cerita baru aku bleh la layan..

semalam disebabkan hubbyku x sihat lagi,aku dok umah jea..sian plak kat hubbyku kalu ngah mood demam kan..dah seminggu dia demam..sabar jea la..
mungkin disebabkan perubahan cuaca sini kot..yang skang memang suhu ngah panas giler..
so satu hari dok umah..macam2 keje leh setel sikit ngan hubbyku(abang da tolong ke)heehee..(mcm la,aku nih ari2 sibuk)..
sebenarnya ikut mood la..

dan hidangan makan malam aku wat koew teow basah utk kami dinner semalam..taraa..dapat gak makan koew teow kat sini..
salah satu koew teow kat sini yg boleh digoreng(coz yg nih jea ada kat sini)..hanya kedai yg tertentu jea dijual..sudah tentu kedai makanan asia la..harganya dhs6.50..so puas ati la kalu kita masak..boleh makan berulang2 N bila masak macam2 bahan kita leh masuk..
nie la rupa bentuk koew teow,kena rebus bg lembut N letak minyak masak sedikit..
produk nih asal dari Thailand..walaupun rupa macam nih sedap tau..
taraa..nie lah hasilnya bila dh siap..aku masukkan udang N fishball cuma kerang jea x letak..nak cari mana kerang kat sini..laut arab kerang x de kot..
koew toew dia halus N nipis..bila makan lembut jea..layannn...

04 June 2009

gelagat remaja arab

video

01 June 2009

pagi yang panas..!!!

aku baru jea balik dari outing..jalan-jalan sorang-sorang..x jauh pun kuar setakat g satu tempat jea..kebetulan nak pegi beli barang dapur untuk masak malam nih..so apalagi kan langkah panjang ler..
lagipun dah lama aku x pegi Carre4,hujung minggu X sanggup aku ngan hubby nak datang..ramai tul..
so waktu orang bekerja pegi kat area tue rasa aman sikit..dari rumahku naik bas hanya tambang dhs1.00 jea..
naik bas yang best kat sini selamat n bagi kaum wanita diutamakan..siap tulis lagi tempat duduk depan khas untuk pompuan jea..
gambar dibawah nie la Mall akan ku tuju..

kebetulan dlm bas x la ramai sangat penumpang so panas diluar x la terasa sangat..
elok jea aku turun dr bas..mak oii..panasnya..suhu ari nih 43c..

Hi5 Emoticonbeginilah rupa muka aku ngah kena panas..
siannya..

Hi5 Emoticonmujur aku bawak payung so terlidung juga kulit aku kena bahang panas terik tue..
sori mode Kitty,pegang payung time hujan tp aku pegang payung panas jea..kalu cuaca panas serta ngan angin ok sikit..
nie angin pun tak ade,habuk banyak..
masuk jea dlm Marina Mall,lega sikit coz dlm dia sejuk jea..


selesai urusan aku kat dalam Mall,time nak balik la...mujur bas dah ada..so tanpa berlengah gegas terus naik bas..dapat aircond..sejuk anggota badan..

~MemOir oF PadAng pAsIR~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Blogger Template Template