19 April 2009

Trip sambil belajar ke Sharjah,Uae..

pagi semalam tempat aku selalu g ngaji da lawatan sambil belajar ke Sharjah,Anjuran New Muslim Center,Abu Dhabi dimana semua perbelanjaan lawatan ke sana di support oleh goverment sini..so kami pegi wak diri jea..heehee..
sebenarnya program tue untuk muslimin dan muslimat yang baru masuk islam(muallaf),tapi dia terbuka pada sape yg berminat nk pegi..apalagi aku ngan member x nak lepaskan peluang nih bergaul ngan orang2 yg baru masuk islam..hanya kami 2 couple jea dari Malaysia..yang lain da dari Filipina,Pakistan,Mauritius,India,Mesir,Indonesia dan Afrika..Arab Local da 2 orang yg berminat join..


sebelah nih gambar2 kami sebelum bergerak menuju ke destinasi..
4 biji bas yg mengikuti program kali nih,aku diasingkan ngan hubby..so hubbyku naik bas yg da muslimin jea,aku ngan member2 pompuan..lagi satu bas untuk family(yg da anak2) n satu lagi muslimat coz pompuan ramai,kesemuanya ahli rombongan 100orang..


jadual program2 yang aku ikuti di Sharjah
8.10am - bertolak dari Abu Dhabi..
10.05am -berhenti di Adnoc(bas isi minyak)R n R negara arab hnya stesen mnyak jea leh benti kat highway..
11.10am -sampai di bandaraya Sharjah(bandar Art and Culture)
-berhenti di Al-Qasba untuk menanti solat jumaat..
12.27pm -solat jumaat di Masjid..
-khutbah dlm bahasa inggeris disampaikan oleh imam dr rakyat A
merika masuk islam..
1.45pm -lunch di Hotel Nova park..
-sebelum makan dengar ceramah mengenai perubatan dlm islam..
3.45pm -bertolak plak ke Sharjah Aquarium..
5.00pm -ke Sharjah Museum of Islamic Civilization..
7.45pm -baru bertolak ke Abu Dhabi..
10.20pm -alhamdulillah sampai kami ngan selamat..
heehee..walaupun penat tapi puas hati..
tue dia bandar Sharjah,dimana jalan raya x sesibuk di tempat aku dok skang..tenang jea..disepanjang jalan melalui persisiran pantai..bot-bot nelayan boleh nmpak jea diaorg parking x jauh ngan jalan besar..(sori x dpt nk mbik gmbar bot nelayan,kamera bateri habis..)Eye Of The Emirates mengamit pengunjung yg datang ke Sharjah..
nama bandaraya sharjah kalu ditulis bahasa arab sebutannya lain bila sebut jd (syarqah)..






nie lah gambar masjid,ramai org berpusu2 ke masjid berkenaan..untuk solat jumaat n dengar khutbah bahasa inggeris dari Imam..bersemangat dia memberi khutbah,bergema suara dia..perempuan pun join sama untuk solat jemaah..hngga solat sampai ke padang berhampiran..terharu aku melihat suasana sebegini,walaupun time tue panas terik,diaorg x hirau pun..subhanallah..
selesai solat jumaat,smpat lg aku dengar Imam meng'Islam'kan sorang Muallaf yg br melafaz dua kalimah syahadah..alhamdulilah terbuka hati beliau n bertambah la umat islam di muka bumi ini..aminn..


selepas itu kami bergerak mengikut jadual yang aku catit diatas..heehee..nak catit panjang gak..coz happening giler trip kami..sporting pihak penganjur,x kisah join naik bas kecik..walupun dengar isteri beliau di hospital sakit buah pinggang tapi Tuan sheikh nk ikut juga..Tuan Sheikh Ahmed namanya..
abang yang pakai songkok tue,mualaf dr pilipina dh lama masuk islam..dia la yang arrange kan program merangkap pembantu Tuan Sheikh Ahmad..
gambar yg ke-2 tue aku ler ngan member2 pengajianku..
gambar ke-3 aku ngan member,hanya kami jea couple dr Mesia...heeheee..
borak2 ngan diaorg da seorang member nih dia tanya aku dr negara mana..?
aku suh teka la..
member sorang lagi(Egypt) terus jawab..I guess U must be Malaysian..
aku jawab sudah tentu la..aku tanya dia cam ne leh tau..
dia cakap tengok perbezaan dr tudung aku pakai n tudung2 dr negara lain pakai..
perbezaan lipat tudung bila pakai..dia pernah melawat negaraku tercinta n dia tertarik ngan suasana budaya negara Mesia..
and last dia cakap 'Malaysia truly Asia'..bangga tau..












0 comments:

~MemOir oF PadAng pAsIR~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Blogger Template Template