07 May 2009

Virus H1N1 ancam manusia

sementara tunggu hubby balik petang tadi aku terbaca newspaper mengenai virus yg marabahaya bg seluruh dunia..yang skang di media heboh bercerita pasal virus yg bermula dr Mexico(bala dari Allah kita mana tau kan)Hanya Dia yg mengetahui..negara yg aku dok skang nih pn asyik mengatakan virus yg sama iaitu H1N1(selsema khindzir)..
imej imbasan pelancong yang dirakam mesin pengesan suhu badan di airport yg menjadi pintu masuk utama setiap negara..

Selesema babi dijangka cetuskan semula wabak yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968 serta menyebabkan jutaan penduduk dunia mati dlm keadaan berjaga2..
selepas kes jangkitan virus nih,dah disahkan diseluruh dunia melepasi 1000 orang yg dijangkiti.Dalam tempoh itu,sekurang-kurangnya sembilan negara dengan lebih 100 kematian setakat ini. .
Ada dari Beijing..pesawat nih sewa khas untuk bawa pulang kira2 70 rakyat Mexico yg kuarantin ekoran kebimbangan wabak tersebut(selsema khindzir)..
4 rakyat AS dikuarantin untuk berjaga2 dibawah langkah tegas yang dikenakan bg mengawal penularan wabak tersebut..

dlm islam pun binatang nih memang haram untuk disentuh n apatah lagi dimakan..dengan sebab musabab yg telah jelaslah dlm al-quran..

INFO: Tahap Amaran Pandemik Selesema Babi

Tahap 1 - Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan tidak menjangkiti manusia.
Tahap 2 - Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan menjangkiti manusia.
Tahap 3 - Tiada penularan atau penularan virus selesema yang terhad antara manusia ke manusia tetapi tidak menyebabkan wabak dalam komuniti.
Tahap 4 - Berlaku penularan virus selesema antara manusia kepada manusia serta boleh menyebabkan wabak di kalangan komuniti.
Tahap 5 - Berlaku penularan virus selesema antara manusia kepada manusia di sekurang-kurangnya dua negara dalam satu rantau WHO dan memberi `isyarat kuat' bahawa pandemik pasti berlaku.
Tahap 6 - Fasa pandemik yang menunjukkan wabak menular ke seluruh dunia.

Simtpom atau gejala? Demam, batuk, sakit badan, sukar bernafas..

0 comments:

~MemOir oF PadAng pAsIR~ Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Blogger Template Template